SEARCH

Kami Kongsi 5 Hasil Solekan Terbaik Patrick Ta & Siapakah Jejaka Ini

Kami Kongsi 5 Hasil Solekan Terbaik Patrick Ta & Siapakah Jejaka Ini

Saya pengikut setia Patrick Ta di Instagram dan senantiasa kagum dengannya kerana setiap hasil solekan terbaik Patrick Ta yang langsung tidak pernah mengecewakan.

The Kardashians, Shay Mitchell, Jenna Dewan, Ariana Grande, Emily Ratajkowski, Blake Lively, Chrissy Teigen, Bella Hadid, Gigi Hadid, Rosie Huntington Whitely dan ramai lagi. Boleh dikatakan selebriti yang pernah disolek Patrick ini antara selebriti Hollywood kelas pertama!

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana secara tiba-tiba dirinya menjadi kegemaran selebriti Hollywood. Ya lah, baru berkecimpung dalam dunia mekap hanya lima tahun, dia sudahpun menempa nama setinggi ini.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu yang saya mahu menjadi jurusolek. Saya hanya mula mengenali mekap pada usia 21 tahun dan kini sudah 26 tahun. Dan saya rasa karier saya ini hanyalah bermula tiga tahun lalu semenjak saya pindah ke Los Angeles.”

Solekan Terbaik Patrick Ta

“Tahun pertama saya menyolek adalah di Scottsdale, Arizona kemudian apabila sudah pindah ke LA, itu yang membuatkan kehidupan saya terus berubah. Saya dapat bekerja dengan ramai orang dan berbeza jenama. Dan Instagram juga sebenarnya banyak membantu saya.”

Patrick juga berkongsi bagaimana pengalaman bekerja bersama nama besar seperti Gigi Hadid dan Shay Mitchell,

“Sejujurnya, saya ini amat bertuah kerana berpeluang bertemu dengan klien seperti Gigi dan Shay. Saya berjumpa mereka ketika saya mula-mula berpindah ke LA tiga tahun lalu. Dan semenjak itu, mereka berdua ini senantiasa membawa saya ke mana sahaja. Bekerja dengan mereka ini sedikit sebanyak membantu saya membina karier saya sendiri juga.”

Platform Media Sosial Tidak Mudah…

Patrick menggunakan platform Instagram nya sebagai simpanan hasil kerjanya. Baginya tidak mudah, pelbagai faktor harus diambil kira.

Sememangnya sangat stres ya apabila mengunakan Instagram sebagai portfolio kamu terutama sekali apabila harus menyolek untuk majlis anugerah. Ini kerana ia bukanlah bergerak mengikut pelan masa kamu.”

Solekan Terbaik Patrick Ta

“Klien mungkin datang lambat atau terlalu awal dan kadang-kala belum tentu ada masa untuk kamu merakam gambar hasil solekan kamu di wajah klien itu. Saya dahulu seorang yang begitu, selalu akan pastikan setiap hasil solekan di wajah klien itu saya rakamkan. Memang bagus kerana dari situlah hasil kerja saya akan dapat saya kongsikan dengan semua. Namun, hari ini, sudah semakin banyak jurusolek serta blogger di luar sana yang lebih tahu menangkap gambar dengan lebih baik. Saya sendiri berasa tertekan seolah saya kini perlu mencapai satu standard tertentu pula.”

Saya jadi tertekan bila lighting tidak bagus, atau hasil mekap saya tidaklah cool atau baharu. Dulu saya mengambil pusing semua itu, namun kini saya lebih memilih untuk tidak terlalu memikir dan kadang-kala tidak langsung menekankan untuk memuat naik hasil solekan saya di Instagram.”

Mari kami kongsikan antara solekan terbaik Patrick Ta yang membuatkan kamu semua terkesima dengan hasil solekannya itu.

Solekan Terbaik Patrick Ta

Solekan Terbaik Patrick Ta

Solekan Terbaik Patrick Ta

Solekan Terbaik Patrick Ta

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE