Posted on December 9, 2019
Zozibini Tunzi Adalah Miss Universe 2019 sekaligus memakai mahkota baharu yang dihasilkan oleh jenama barangan kemas terkemuka Mouawad. Mahkota yang memberi semangat kesatuan sejagat ini dikatakan bernilai USD5 Juta berjaya dipakai buat pertama kalinya oleh pemenang baharu. Bukan calang-calang ratu, Zozibini juga Miss Universe berambut pendek (hampir botak) pertama yang menjuarai pertandingan itu.
Advokasi akhirnya adalah ingin memecahkan stigma tentang gadis berambut pendek dan berkulit gelap, tak cantik. Serta dia menyeru kepada sesiapa yang mempunyai rasa rendah diri tentang diri mereka untuk melihat dirinya sebagai cerminan bahawa dia berjaya buktikan semua itu tidak benar.
Jawapan Pemenang Zozibini
“Kepimpinan harus diajar kepada gadis muda dan wanita. Bukan kerana kita tidak mahu belajar, tetapi apa yang telah masyarakat stigmakan wanita itu sendiri. Kita adalah golongan yang paling berkuasa di dunia dan kerana hal itu kita harus memberi peluang dan mengajar wanita sejak mereka muda serta bijak mengambil peluang.” Zozibini Tunzi, Miss Universe 2019
Pusingan Preliminary Memukau
Selain jawapan yang diberikan semasa sesi Interview 101, top 20, top 10 dan top 5, Zozibini sememangnya gadis kegemaran sejak menang di negaranya lagi. Wajah yang sharp, serta keyakinannya melontarkan kata-kata pasti membuatkan semua orang terpaku dan mendengar apa yang mahu disampaikan.
Keputusan Penuh Miss Universe 2019
Miss Universe 2019 Afrika Selatan
Kedua Puerto Rico
Ketiga Mexico
Top 5
Mexico, Thailand, Colombia, Puerto Rico, South Africa
Top 10
USA, Colombia, Puerto Rico, South Africa, Peru, Iceland, Perancis, Indonesia, Thailand, Mexico
Top 20
Benua Asia Pasifik & Afrika
Afrika Selatan, Indonesia, Vietnam, Nigeria, Thailand
Benua Eropah
Albania, Perancis, Iceland, Croatia, Portugal
Benua Amerika
Puerto Rico, Peru, Republik Dominican, Mexico, USA
Wild Card
Philippines, Venezuela, India, Brazil, Colombia
Kontroversi Kostum Kebangsaan Terbaik
Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong semasa tayangan secara langsung. Pakaian nasional berjaya kita gengam. Buat pertama kalinya di pertandingan berprestij itu memanggil nama Malaysia (Shweta Sekhon) sebagai pemenang kostum nasional terbaik. Kostum yang direka oleh Carven Ong bertemakan ‘Peranakan Indulgence’ yang mencantumkan budaya Baba Nyonya Melaka berjaya menambat hati juri. Namun, segalanya berubah beberapa jam selepas itu. Miss Universe mengeluarkan kenyataan yang mendapat kicau ulang kontroversi di mana mereka mengumumkan kostum kebangsaan terbaik adalah milik Miss Filipina, Gazini bukan Malaysia.
Apa Salah Malaysia?
Kemungkinan advokasi yang dijuangkan sangat klise daripada negara-negara yang berjaya mara ke top 20. Lihat saja ucapan mereka pada pusingan “speech top 20”, masing-masing menyampaikan kelainan yang ingin dijuangkan. Namun, “Your Body Your Say” tidaklah seteruk mana, tapi tidak NOW. Selain ia sedikit meniru advocacy Miss Universe Canada dua tahun lalu. Jika lihat pula advokasi top 10 semuanya bercakap mengenai kepakarang bidang masing-masing. Tidak mengapa, kita boleh perbaiki dari segi itu di tahun mendatang kerana jika melihat daripada segi percakapan, wakil kita cukup memuaskan daripada top 20 yang lain. Shweta amat berkeyakinan buktinya pada keterangannya dengan Steve Harvey semasa diumumkan ‘menang’ Kostum Kebangsaan Terbaik.
Apa pandangan anda?