Posted on November 21, 2019
Apabila tiga nama ini bahu membahu – Puma, Balmain dan Cara Delevigne. What do you get? Himpunan yang sememangnya kuat semangat kesukanannya, tetapi punya ‘daya kepekaan’ terhadap aspek couture Paris dan menyimpul sekali keunggulan nilai fesyen. Kolaborasi yang di luar jangkaan, yang bisa merealisasikan kemahuan atau kehendak pencinta-pencinta sniker dan fesyen.
And the drop’s today. Hari ini, kolaborasi julung kali Puma X Balmain X Cara Delevigne dilepaskan!
Sebelum (atau barangkali sudah) menerjah stor Puma KLCC atau Puma Sunway – dua stor utama yang menyediakan himpunan kolaborasi ini – dan dikhuatiri puma.com jam atas sebab berebut-rebut beli di atas talian, kami cuba pupuk serta kongsi sedikit fasal himpunan kolaborasi Puma X Balmain X Cara Delevigne. Mana tahu, membantu pembelian kamu? Harap-haraplah.
Semua sedia maklum bahawa himpunan kolaborasi di luar jangkaan ini terbahagi kepada dua edisi terhad dan kedua-duanya direka oleh pengarah kreatif Balmain sendiri yakni Olivier Rousteing dan teman baiknya, Cara Delevigne. Dan ya, ia direka khas oleh mereka berdua. No, we’re not kidding. Ia kolaborasi pertama Puma bersama Cara yang membabitkan kewibawaannya sebagai salah seorang daya kreatif dalam menghasilkan himpunan ini. Sungguhpun Cara banyak kali menghiasi kempen-kempen Puma.
Cara pula adalah teman rapat Olivier dan sudah menimba pengalaman bekerja bersama sebelum-sebelum ini untuk jenama Balmain. Bagi Olivier, Cara memanifestasikan ikon stail moden dan seorang disruptor dunia fesyen. Lantas pemilihan Cara sebagai rakan kolaborasi adalah sesuatu yang tidak perlu dipersoalkan lagi, sementalahan mereka begitu serasi.
Mengepal keras sukma Parisian couture, Olivier memperhitungkan jati diri tersebut bersama warisan Puma yang cukup terkenal dengan prestasi kesukanan. Menyalin inspirasi daripada sukan tinju serta pakaian-pakaian yang melengkapi sukan tinju dan digabung padan dengan sukma Parisian couture. Menghidangkan rekaan-rekaan seperti top bra, seluar pendek tinju dan sniker-sniker yang terpalit sekali oleh nada stail Olivier – sebulat-bulatnya mengutip elemen rekaan juga rona-rona emas yang melambangkan rumah fesyen Balmain.
Di atas tadi kami ada menyebut fasal himpunan dua edisi terhad, bukan? So, here it goes. Edisi terhad yang pertama yang membariskan himpunan kasut, pakaian serta aksesori akan dihasilkan oleh Puma sendiri dan dijual di stor-stor Puma juga di atas talian. Manakala rangkaian edisi terhad yang kedua – ada enam item utama – dihasilkan oleh rumah fesyen Balmain. Edisi terhad kedua ini dipersembahkan di atas pentas Balmain musim bunga panas 2020 di Paris dan akan mula dijual di butik-butik utama Balmain juga di atas talian.
ANTARA ITEM-ITEM HIMPUNAN PUMA X BALMAIN X CARA DELEVIGNE
Apa pandangan anda?