Posted on March 22, 2021
SS 2021 accessories trend are the most fun-playful-looking ever! Skala tenaga ronanya – daripada 1 ke 10 – barangkali mencolek angka 8 atau 10…? Kerana hampir semua jenama fesyen memercikkan rona terang atau pop pada aksesori-aksesori musim ini. Kami, tanpa ragu-ragu, merasakan aksesori-aksesori musim bunga panas 2021 kali ini lebih strong dan tanpa perlu sokongan aspek lain untuk menyerlahkannya.
Setelah terbeku selama setahun, dengan keadaan sejagat kini menunggu-nunggu vaksin – yang rasa seperti menggeliat tiba, tetapi perkaranya pasti – membangkitkan antisipasi rencam. Tidak sabar nak keluar berlibur, pulang ke kampung masing-masing, melihat ekonomi jadi stabil semula, malah juga kembali bekerja seperti biasa. Perkara-perkara normal sebegini yang hampir segenap manusia damba. Back to normal.
Mungkin nanti ia akan ‘memulih’ industri fesyen dan orang-orang pula bisa keluar bergaya sakan seperti selalu? Namun tidak hairan juga ada yang sudah berhemat-hemat kerana belajar daripada pengalaman yang dikutip sepanjang pengasingan diri.
Tetapi, walau apapun, seandainya ada duit lebih, tidak salah ‘melabur’ dan membelanjakannya untuk sepasang kasut yang worth buying, kan! Mahupun membeli beg atau aksesori-aksesori lain seperti rantai leher. Terutama sekali aksesori-aksesori yang berona terang, penuh bertenaga dan bagi kami, kerana rona-ronanya, ia mampu stand alone. Penonjolannya (aksesori) yang tidak hairan akan memberi dampak besar pada penggayaan diri.
Kasut yang unik rekaannya namun diberi treatment seterang-terang rona pop atau pastel menjadi kegemaran semua musim ini. Apalagi kasut sebegini membuat kemunculan di atas pentas Prada musim bunga panas 2021. Sepanjang model-model melangkaui ruang pertunjukan yang terusik oleh instalasi kamera di bahagian tengah, menyaksikan trend aksesori kasut berona terang yang dibalas oleh rona kontra pada penggayaan pakaiannya. Contohnya, kasut berona jingga terang dilagakan dengan pakaian serba hitam atau kasut berona kuning terang dipadankan bersama sepersalinan pakaian putih. Kasut Prada yang mencuri perhatian adalah kitten heel pump terang yang dilengkapi lidah kasut berpad – ala-ala lidah kasut sniker. Issa must have this season!
Selain pump Prada yang terang dan dilengkapi lidah kasut, satu lagi aksesori yang kami yakin menjadi pilihan musim ini adalah beg Beak daripada Bottega Veneta. Beg stail crossbody yang disempurnakan oleh flap berbentuk segi tiga dan berpad penuh ini bukan sahaja unik dari aspek rekaannya, namun juga rona hijau lime serupa neon-nya benar-benar menyenaraikan ia sebagai item yang worth buying. Bayangkan penggayaan ringkas seperti memakai kemeja besar berona putih dengan jaluran halus, skirt midi malas bersama sepasang sandal flat. Bila jinjit sekali beg Beak berona hijau lime terang sebegini, terus penampilan bertukar jadi stailish.
11 SS 2021 ACCESSORIES BERONA TERANG MESTI DIMILIKI!
Subang telinga Miu Miu
Obi belt Giorgio Armani
Kasut Salvatore Ferragamo
Kasut Prada
Rantai Dior
Beg tangan Roger Vivier
Kasut Longchamp
Beg mikro Fendi
Beg bimbit Dolce & Gabbana
Beg tangan Bottega Veneta
Kaca mata hitam Givenhcy
Apa pandangan anda?