Posted on November 27, 2019
Alexander Wang tahu bagaimana menyambut ulang tahun jenamanya yang sudah berusia lebih satu dasawarsa : dengan membentangkan cita-citanya untuk mengadakan parti besar-besaran! Bersedialah untuk menghela nafas panjang kerana Alexander pasti sudah merancang sesuatu yang di luar jangkaan dalam mempersembahkan himpunan musim bunga panas 2020-nya.
Angka 2020 bagaikan satu ‘beban’, but in a good way. ‘Beban’ untuk memperbaharui, memperbaiki serta mempertingkatkan taraf, rencana gagasan dan rancangan kemajuan. 2020 itu umpama tanda aras masa hadapan sedunia. Pengiklan sudah mahu memfokus sepenuhnya dalam berbelanja lebih untuk digital sahaja pada 2020 nanti, jenama-jenama fesyen memandang serius serta komited untuk mengekalkan sustainability pada 2020 dan macam-macam lagilah yang pasti membangkitkan ‘antisipasi’ kita menjelang tahun 2020 kelak.
Alexander Wang pula melakar kanvas wawasan 2020-nya dengan menyimpan satu niat, yakni parti ulang tahun besar-besarannya. Seorang pemberontak fesyen, semenjak dua tahun lepas lagi Alexander mengambil langkah berani, menghapuskan idea kalendar sosial minggu fesyen New York – mengadakan pertunjukan fesyen pada bulan Jun dan Disember, yang diusulkan olehnya. Kali ini, seperti apa yang dia bilang pada Vogue, “For us that was the 15th anniversary. A show in December felt like it maybe wasn’t the best place to put our focus. I don’t want to say that this is a decision that means we won’t return to a fashion show again or that we don’t believe in the format, but it just felt like the right moment for us to do something different.”
Bermakna, afterparties tahunan Alexander yakni #WangFest yang tak pernah lekang membekas dalam ingatan barangkali akan dilaksanakan dalam cara luar biasa? Dia sanggup menyingkir idea pertunjukan fesyennya pada bulan Disember, semata-mata untuk parti yang menyambut usia 15 tahun jenamanya. Apatah lagi datang daripada buah fikiran Alexander di mana dia menjelaskan merancang untuk melakukan sesuatu yang “berbeza”. Seperti yang dinyatakan oleh kami awal-awal tadi – di luar jangkaan! Kerana katanya pada Vogue, “…the things that resonate with our audience have always been about more than just the clothes: It’s the entire experience,” membuatkan kita tak sabar menanti apalah agaknya ‘rupa’ parti itu nanti.
Apa pandangan anda?