Posted on September 6, 2021
Diet Prada mungkin satu-satunya akaun Instagram (selain akaun Dolce & Gabbana sendiri) yang mengangkat cerita hujan batu (hailstorm) di pertunjukan Alta Sartoria Dolce Gabbana. Yalah sewaktu jenama fesyen ini dikritik kerana tidak sensitif terhadap isu perkauman melibatkan model-model Cina ketika mereka mahu melangsungkan pertunjukan fesyen besar-besaran di China lewat beberapa tahun lalu, Diet Prada lah yang paling kuat menghentam dan mengetengahkan isu ketidak adilan ini.
Alta Sartoria Dolce Gabbana berlangsung di Arsenale di Venice. Lokasi sama di mana Maison Valentino melangsungkan pertunjukan couture mereka. Untuk memberi perbezaan, Dolce Gabbana membina pentas di atas air untuk pertunjukan coture/ bespoke menswear mereka ini. Dikhabarkan ramalan cuaca memang menyatakan bahawa hujan akan melanda Venice pada malam tersebut. Maka Dolce & Gabbana menginjakkan waktu pertunjukan sejam lebih awal, dari jam 7 ke jam 6 petang.
View this post on Instagram
Malam sebelumnya pula Dolce & Gabbana mendapat reviu viral daripada pertunjukan Alta Moda (couture womenswear) mereka dengan kehadiran JLo dan banyak lagi bintang ternama dunia termasuklah Jennifer Hudson yang menyanyi lagu Nessum Dorma. Alta Moda berlangsung lancar sehingga jam 6.23 petang pabila batu-batu sebesar 2cm mula menghujani bumi. Kata tetamu yang hadir, sakit juga pabila ia menghentam kepala dalam jumlah yang banyak.
Dame Helen Mirren antara tetamu yang hadir kedengaran menyuarakan rasa prihatinnya terhadap pereka ini, “They’ll have to pay for all this.”
Alta Sartoria Dolce Gabbana Untuk Gen X Kaya & Anak Gen Z Mereka
Dolce & Gabbana memulakan pertunjukan dan koleksi Alta Sartoria sejak 2015. Sepadan dengan koleksi Alta Moda, Alta Sartoria memaparkan kualiti tertinggi bespoke tailoring. Sejak mereka memperkenalkannya juga, beberapa jenama lain turut menghasilkan koleksi yang sama. Gabbana pernah mengutarakan, “Mungkin kami membuka pasaran baru untuk pencinta koleksi bespoke. And that’s good.”
Pertunjukan kali ini memaparkan 110 look daripada sut-sut hebat, top oversize daripada satin, kaftan dan sut kristal menggunakan pemandangan Venice sebagai cetakan – ada yang mengatakan koleksi ini ialah koleksi bespoke untuk Gen X kaya dan anak Gen Z mereka. Itu pun kalau mereka sanggup membelanjakan USD100,000 untuk sepasang sut. Vin Diesel dan anak lelakinya Vincent Sinclair yang juga tetamu malam itu pasti akan menempah.
Apa-apa pun, seperti sesiapa yang mengenali Dolce & Gabbana pasti tahu betapa mereka sukakan ‘more is more’. Lebih drama lebih bagus. Maka drama alam semulajadi ini nampaknya sesuatu yang baik untuk mereka berbanding bencana. Sekurang-kurang kami dan Diet Prada masih menulis review tentangnya.
Apa pandangan anda?