SEARCH

The Verdict Is In – 4 Beg Ini Trending Di Internet

The Verdict Is In – 4 Beg Ini Trending Di Internet

That’s it. The verdict is in! Internet telah memutuskan empat beg ini aksesori yang “trending di internet”, terhangat di pasaran dan terlihat digayakan di mana-mana – oleh selebriti, barisan influencers serta orang-orang industri fesyen! Beg-beg yang tak hanya bertumpu kepada mencorakkan penggayaan, malah kata orang beg-beg ini adalah “Instagram’s Like-bait”.

Maaf seandainya kami mengusulkan dasar campur tangan dalam bab memilih serta melabur sebaiknya ke atas beg yang bagaimana harus kamu beli. Niat kami baik, kerana mahu memastikan kamu memilih beg yang sebetulnya dan mungkin you’re gonna thank us later. Supaya kamu tak rasa sesal atau ralat di kemudian hari, sehingga menarik nafas panjang dan rasa akal seperti terbantut, hanya kerana pilihan yang salah.

Pertama-tama, cukup-cukuplah dengan keghairahan memilih beg-beg yang basic. Contohnya pabila hendak membeli beg berjenama, lazimnya orang lebih cenderung ke arah beg-beg daripada rangkaian klasik ataupun rekaan yang basic. It’s 2019! Ubah selera kamu dan apa kata melabur ke atas beg yang direka khas oleh pengarah kreatif jenama tertentu!

Contohnya, beg Givenchy yang direka oleh Clare Waight Keller atau jika mahu membeli beg Burberry, beli rangkaian yang direka oleh Riccardo Tisci. Don’t go for the basics or the classic collection. Sekurang-kurangnya, nampaklah kamu peka dan menunjukkan kamu ada ‘ilmu’ fesyen.

Dan yang kedua, pilih beg-beg yang unik dari aspek rekaannya. Kerana beg-beg yang sebegini rupa adalah statement-making dan menangkap mata-mata yang melihatnya. Ia membuktikan kamu seakan-akan ada fahaman yang berbeza dalam hal memilih beg dan takkan disamakan dengan orang lain. Seperti contoh, beg clutch kepit yang biasa dari segi bentuknya namun ada tekstur anyaman berpad dan hadir dalam rona-rona pop, yang menjadikan ia luar biasa.

Tak usah khuatir, kerana beg-beg yang unik rekaannya tidak lagi dicipta untuk merumitkan penggayaan – mereka beralasan, beg daripada rangkaian klasik memudahkan penggayaan dan tidak mengelirukan dalam hal-hal padanan. Buang mentaliti itu dan cabar diri kamu untuk sesuatu yang lain daripada yang lain.

Untuk membantu kamu melabur sebaiknya, kami jumpa empat beg yang trending di internet serta media sosial – yang digayakan oleh selebriti, pengarang fesyen juga influencers fesyen!

beg trending di internet influencer

‘the updated’ louis vuitton multi pochette 
‘FUNCTIONALITY’ GIVENCHY NANO EDEN
‘IKONIK’ DIOR 30 MONTAIGNE
‘the now’ bottega veneta padded cassette

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE