Posted on December 18, 2019
…mengeluarkan himpunan kapsul bersama H&M pada bulan Januari 2020 nanti! Ya, Billie Eilish antara penyanyi juga ikon stail generasi Z yang mengungguli yang lain, menempatkan kedudukannya di tangga teratas – secara spesifik, tiga teratas – dalam carian Google untuk tahun 2019 di Amerika. Dan Billie mewartakan berita baik pada masa yang sama untuk menjadikan permulaan thun 2020 kita nanti lebih bersemangat. Yakni, himpunan merch Billie bersama H&M akan mula tersedia bulan Januari ini!
BILLIE EILISH PALING SELALU DICARI DALAM GOOGLE 2019
Paling dinanti-nantikan apakala hujung tahun mendatang. Untuk mengetahui ‘rumusan’ terbaik sepanjang tahun. Baru sahaja kami berkongsi fasal carian Top 100 Pinterest dan hari ini, kami mahu menyentuh tentang most Googled pula.
Pertengahan Disember lalu, Google melepaskan senarai ‘Year In Search 2019’ dan kupasan analisisnya sangat menarik. Terbahagi mengikut setiap satu negara.
Di Amerika, Camp Style adalah nombor satu dalam carian Google untuk kategori ‘Fashion Style Search’, yang diikuti oleh Egirl Style dan Eboy Style (yes, we had to Google what is Egirl and Eboy). Antara kategori-kategori lain termasuklah ‘People of the Red Carpet’ yang digondol oleh Billy Porter, manakalaJussie Smollett di tangga pertama untuk kategori carian ‘Actors’. Sudah tentu Game Of Thrones mengatasi yang lain buat kategori ‘TV Shows’.
Billie Eilish berada dalam senarai top three untuk kategori most Googled ‘Musicians and Bands’ di Amerika. Billie yang dikenali dengan gaya-gaya eksentrik, big baggy clothes, banyak dipengaruhi oleh aspek streetwear dan imej kemudaan, bukan sahaja menempatkan diri sebagai penyanyi yang paling banyak dicari dalam Google, malah sebagai ikon stail yang selalu di-Google.
Dalam usia yang sangat muda – kiranya belum cukup dewasa lagi – Billie sudah meraih macam-macam pencapaian. Dan mendudu-dudu jenama fesyen ternama mahu bekerja bersamanya. Gucci, Burberry dan Chanel adalah jenama yang sudah pernah digayakan oleh Billie. Ditambah lagi dengan keunikan gayanya itu, tidak hairanlah jumlah cariannya meninggi.
H&M MERCH BILLIE EILISH, JANUARI INI
H&M drops its Billie Eilish merch this January! Bakal berada di semua stor H&M yang ada rangkaian Divided serta di atas talian pada dua Januari nanti.
Himpunan merch Billie Eilish ini yang mengetengahkan sustainable fashion menampilkan rekaan-rekaan siluet besar dan disempurnakan oleh logo-logo rasmi Billie. Kemeja T berupa boxy, baju berhud labuh, baju panas oversized, seluar panas, topi bucket, beanie juga stokin, semuanya dironai pelet-pelet hijau pucat, hitam, warna krim serta hijau neon. Menyaingi imej rona yang sinonim dengan Billie.
Siluet-siluet atau gaya-gaya yang sepertikan acuh tak acuh, releks dan sengaja kelihatan menggeleber, kerana melambangkan imej Billie. Seperti yang dinyatakan oleh Emily Bjorkheim, selaku ketua bahagian rekaan rangkaian Divided, “We want to enable her fans to step into her world and feel empowered to freely express their style as well.” Di mana himpunan merch ini mengajak peminat-peminat Billie untuk menjadi sebahagian daripada ‘pengalaman’ Billie sebagai ikon stail masa kini!
Apa pandangan anda?