SEARCH

CLEO : Kisah Kecintaan Inspirasi Hitam Putih ROMA

CLEO : Kisah Kecintaan Inspirasi Hitam Putih ROMA

SITTING EDITOR / TEKS : ARDI IDEWANI

ARAHAN SENI / KONSEP : ASHURA HAKIM

PENYELARAS : MEL MUZAMMIL

FOTOGRAFER : EDMUND LEE

SOLEKAN : EMMY AGUNG 

TAJAAN SOLEKAN : LAURA MERCIER

MODEL : RUZANA IBRAHIM, AZIM ASHRAF, ARISH ASHRAF & QEYSHA IRDINA

Biar udara pengap, angin tidak bernyawa dan hari jadi guram, dia memancar sinar harapan jadi penyeri si anak-anak kecil. Tak berat hatinya menatang anak-anak kecil ini dengan penuh kasih dan cinta. Dia datang menyinggahi hidup bukan sebagai darah daging, tetapi sayangnya pada mereka tak kunjung padam. Bak jantung hatinya. Inilah CLEO.

Ruzana memakai kebaya labuh & blaus panjang Tangsi Tujuh dan skirt H&M, Azim memakai baju & seluar COS

Mengambil sempena bulan yang sarat penuh sekali dengan kemuliaan – hari ibu dan bulan Ramadan – STAIL.MY merayakan cinta yang tak berbelah bahagi. Inspirasi filem hitam putih ROMA, arahan Alfonso Cuaron yang sampai ke sudah membekas dalam sanubari kami. Bersama Ruzana Ibrahim menyandiwarakan Cleo dan tiga anak cilik – Arish, Azim dan Erin – dibabakkan kepada adegan-adegan ROMA, menggayakan himpunan baharu Raya 2019.

 

“Hey. I like being dead.”
Wanita diumpamakan seperti bunga – kembang, layunya sendiri, namun bisa mengharumkan ruang, mewajahi taman. Begitulah kisah cerekarama Roma, yang meriwayatkan jatuh bangun seorang wanita. Si pembantu rumah yang ranap hatinya kerana seorang lelaki dan terbelenggu oleh onar dunia. Namun tak sekali pun ia meragut maruahnya.

 

Erin memakai dress COS dan cape kecil Behati, Ruzana dalam dress Tuhfah dan skirt COS, Arish dalam kemeja T & seluar COS

“Ayah takkan pulang. Kita ke mari, supaya dia bisa mengambil barang-barangnya.”
“When I was older, I used to be a sailor. But I drowned in a storm. The waves were huge. It was dark… And there was lightning and I didn’t know how to swim.”

Ruzana menggayakan baju & skirt labuh By Dalili dan blaus COS

Cleo melangkahkan kakinya di atas jalan berkaca. Dia tetap tidak tersembam. Tidak terluka. Dia patuh pada kewajipannya sungguhpun diuji. Melaksanakan tugasnya mengemas, membasuh, menjaga… tak jemu-jemu. Dia masih kuat dan semangatnya kental.

Ruzana memakai baju Behati dan skirt H&M, Arish memakai seluar COS, Erin dalam baju kurung Bysaa

“Ayah tidak sayang kami lagi?”

Erin dalam baju COS, Ruzana memakai blaus Adila Long dan top By Dalili

“Semuanya akan berubah. Tetapi kita tetap bersama. Dan ia akan menjadi pengembaraan baharu kita.”

Ruzana dalam baju kurung Adila Long

"Sofi, Paco, berada dekat dengan darat."

roma cleo alfonso cuaron ruzana ibrahim raya 2019

Azim dan Arish dalam seluar renang milik penata gaya, Ruzana memakai dress H&M, Erin dalam baju renang milik penata gaya

"Cleo yang selamatkan kami."
"Saya tidak mahu dia. Saya tidak mahu dia dilahirkan."

 

roma cleo alfonso cuaron ruzana ibrahim raya 2019

Ruzana memakai dress Bysaa, Erin dalam baju COS

"Kami betul-betul sayangkan kamu, Cleo. Kami sangat-sangat sayangkan kamu."
"I have so much to tell you."

Video di sebalik tabir oleh Jordi Harris

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE