Posted on December 5, 2019
Selepas lebih tiga abad, Cosmopolitan UK mengambil langkah berani, mencabar diri dengan meletakkan non-binary pertama (bukan wanita) di atas cover – bintang ‘Queer Eye’, Jonathan Van Ness adalah penghias wajah hadapan Cosmpolitan UK untuk isu Januari 2020! Woo-hoo!
Cosmpolitan yang kita kenal, sering kali kedapatan menampilkan wanita di atas cover dan menghidangkan hal-hal fesyen, gaya hidup, kecantikan, seks serta horoskop. Jarang atau barangkali tak pernah ada jantina selain wanita yang ‘duduk’ di atas cover atau menjadi subjek utama. Cosmopolitan UK menduga ketradisionalan Cosmopolitan yang lain dengan menampilkan guru grooming Queer Eye, Jonathan Van Ness atau JVN sebagai ‘covergirl’ mereka.
Untuk cover Januari 2020, Cosmpolitan UK mendandani JVN dalam gaun sarat ropol-ropol berona pic, custom made oleh pereka fesyen yang tak pernah kecundang memperjuangkan diversifikasi yakni Christian Siriano. Gaun tersebut dipadankan lagi dengan sniker Nike, mencadangkan kelainan gaya. Athleisure bertemu gaya glamor romantik. Serasi dengan jati diri JVN yang mengakui sudah biasa bergaya sebegini. Katanya, “Saya memang sudah lazim memakai dress, kasut tumit tinggi dan mengenakan mekap. Inilah diri saya.” JVN gemar berpakaian yang melambangkan kewanitaan dan tak pernah melihat ia sebagai satu label tertentu.
Sehinggalah ada yang menyatakan JVN sebagai non-binary atau tak konformis dalam bab kejantinaan. Di samping itu, JVN bukan sahaja individu yang mengaburi jantina yang pertama menghiasi Cosmopolitan, malah dia juga adalah first openly HIV/AIDS cover star untuk Cosmopolitan. Jelas JVN dalam akaun Instagram-nya,
This moment means so much to me. I grew up loving magazines, reading the stories & looking at the beautiful images. I also grew up in a time where HIV stigma was huge & the fear was pervasive and immediate for anyone as soon as they came out. Being asked to do this cover & doing this cover is bigger than anything I could’ve ever imagined when I started.”
https://www.instagram.com/p/B5oLSapgD43/
Menerusi isu Cosmopolitan UK isu Januari 2020 ini, JVN mahu menyalakan semangat positif dan menyoroti hal-hal berkaitan dengan menyirnakan rasa tidak berasas, terutamanya ke atas orang-orang seperti dirinya – golongan homoseksual juga penghidap HIV positif. Bukan itu sahaja, JVN malah menyeru sekali mangsa-mangsa dera serta people of colour yang datang daripada berbeza latar belakang, untuk dibaluti kepositifan tahun 2020 nanti.
Apa pandangan anda?