Posted on February 27, 2020
Disney Love Minnie Mouse Collection by AMBUSH koleksi UT yang menampilkan helaian-helaian berinspirasi athleisure. Sememangnya tema ini sangat in sejak beberapa tahun lalu. Koleksi UT baru kolaborasi dengan AMBUSH ini akan memaparkan interpretasi unik pengarah kreatifnya, YOON terhadap Minnie Mouse Disney©.
YOON menginterpretasikan cinta melalui motif-motif termasuklah bentuk hati yang dilukis tangan dan reben distingtif (dalam dua ton) karakter Disney© ini. Koleksi ini akan menemui pencinta mulai esok, Jumaat, 28 Februari di stor UNIQLO atau lihat di sini.
“Saya peminat setia UNIQLO. Dapat bekerjasama dengan UT dan membawa visi AMBUSH dalam karakter Disney ini umpama mimpi jadi nyata untuk saya. Saya teruja menunggu orang di seluruh dunia menyarungnya nanti!” YOON, Pengarah Kreatif AMBUSH
Akan ada t-shirt oversize yang meraikan Minnie Mouse dalam cara athleisure serta dress-dress sepadan untuk kanak-kanak perempuan. Rangkaian ini juga akan memiliki kot-kot, parka, beg dan topi. Warna istimewa yang digunakan pula ialah neon pink lembut dan mint green sempena musim bunga.
Disney Love Minnie Mouse Collection by AMBUSH Menampilkan Kim Raymond & Hunny Madu
Apa yang Kim Raymond Pakai?
Warna senada menjadi tema kepada look Kim Raymond ini. Koleksi Disney Love Minnie Mouse Collection by AMBUSH ini turut direka dalam warna khaki yang memaparkan parka panjang dan seluar warna yang sama. Kami memadankannya bersama t-shirt putih kerana warna ini sememangnya sesuai dengan warna khaki. Topi bucket yang dipakainya juga adalah daripada warna yang sama. Cukup stailish pabila disempurnakan dengan beg sling daripada warna bertentangan, hitam.
What is on Hunny Madu?
Hunny Madu terkenal sebagai seseorang yang gemar bereksperimen dalam bergaya. Jadi kami mengenakan t-shirt mint green untuk Hunny Madu. Kerana warna ini sesuai dengan perwatakan Hunny yang outgoing dan statusnya sebagai rapper dan hos. Helaian lain dibiarkan daripada warna senada juga yakni hitam. Jaket hoodie dipilih oversize selain daripada topi bucket warna sama.
Breakdown look Erin
Oh pilihan untuk kanak-kanak daripada koleksi ini juga amat manis dan fun. Tentunya untuk si kecil seperti Erin, warna pink akan menaikkan kemanisan dan sisi fun nya. Tentu sekali dress midi ini boleh dilengkapkan dengan aksesori-aksesori yang ada dalam rangkaian Disney Love Minnie Mouse Collection by AMBUSH ini seperti beg silang dan topi bucket dalam warna yang sama.
Tentang AMBUSH & YOON
Awalnya, YOON mengasaskan AMBUSH sekali dengan VERBAL pada 2008 sebagai rangkaian barang kemas eksperimental – dengan rekaan-rekaan inspirasi pop art inovatif bersama estetika Tokyo yang unik. Motif ikonik Pow! yang diciptanya menerima reaksi yang bagus daripada media seluruh dunia.
Helaian-helaian yang direka YOON untuk ready-to-wear AMBUSH (menjadi jenama uniseks) dianggapnya sebagai kanvas untuk meletakkan estetika yang dicipta. Pada 2015, AMBUSH membuat debut di Paris dan sejak itu dua jenama AMBUSH dan VERBAL tersenarai sebagai Top 500 pengaruh industri fesyen global oleh Business of Fashion empat tahun berturut-turut.
Pada 2017, AMBUSH terpilih sebagai top 8 finalis LVMH Prize for Young Fashion Designers. Pada 2018, Kim Jones (pereka Dior Men) menamakan YOON sebagai Pengarah Jewelry Dior Men bersama debut rekaan pertamanya untuk koleksi S/S 2019 di Paris.
Apa pandangan anda?