Posted on October 28, 2021
Dress Versace Angelina Jolie sekali lagi membuat dunia terhenti. Dia sekali lagi meminta Versace mereka dress permaidani merah untuk dia sarung ke majlis tayangan perdana filem The Eternals di Festival Filem Rome. Seperti selalu penampilannya di permaidani merah (Jolie memang menggemari Versace), dia berjaya mengangkat nama Versace dengan dress column daripada fabrik warisan mesh Versace. Penampilannya ditata gaya oleh Jason Bolden.
Nampaknya Jolie juga sememangnya senang dengan rekaan dress yang timeless sesuai pula dengan konsep sustainability yang begitu kuat dicanangkan di seluruh dunia kini. Minggu lepas, dia muncul di permaidani merah bersama anaknya Zahara yang menyarung dress Balmain khaki yang pernah disarungnya dahulu. Malah Knox, Vivienne, Shiloh dan Maddox juga turut memakai dress upcycle daripada koleksi Jolie.
Dress Versace Angelina Jolie Ini Mungkin di Upcycle
Siapa tahu kalau Jolie terus kekal dengan sikap sustainable ini, satu hari nanti salah seorang anaknya akan menyarung dress mesh ini pula. Dress ini akan termasuk dalam koleksi banyak dress Versace yang dimilikinya. Sekitar awal 2010 sahaja, Jolie berjaya mengekalkan look gaun-gaun dengan thigh high slit sebagai tema penampilannya di permaidani merah. Daripada gaun kembang hitam fabrik kulit sehingga kepada dress column kemilau hijau, cuma lewat kebelakangan ini sahaja dia lebih kerap dilihat menggayakan rekaan lembut ala grecian daripada Versace.
Ini juga bersesuaian dengan usianya yang semakin meningkat dan dia faham dengan konsep untuk tidak tampil terlalu edgy berbanding ketika dia muda dahulu. Semoga dress mesh kemilau ini menjadi tanda kepada bab baru hubungan antara Jolie dan Versace – yang mengarah kepada sustainability.
Apa pandangan anda?