Posted on December 30, 2019
Lama sudah khabar ini terwarta – Garance Dore mengkhabarkan hasratnya untuk mengundurkan diri dari dunia fesyen. Mmm, dia tidak memaksudkan dunia fesyen secara keseluruhannya.
Lebih spesifik, Garance tidak lagi mahu melangsungkan perjalanan dan ‘menitik’ perjuangannya di acara minggu fesyen, atas sebab-sebab peribadi.
Tidak berdaya lagi? Ataupun ada sesuatu yang sudah lama terbendung di dalam hati Garance, yang membuatkan dirinya tidak mahu menandingi yang lain dan tak ingin lagi bertarung untuk mengukir namanya sebagai ‘pemain kuat’ minggu fesyen’?
Akhir November lalu, Garance diundang oleh Imran Amed (dari Business Of Fashion) untuk berbicara secara terbuka tentang pengunduran dirinya dari minggu fesyen, di konferens tahunan Business Of Fashion yakni Voices. Tidak menyembunyikan rasa gentarnya untuk menyuarakan ketidakpuasan, ketidakadilan serta ketidaksempurnaan dunia fesyen, Garance tanpa menoleh ke belakang lagi, mengucapkan selamat tinggal pada minggu fesyen. Bilang Garance, rindunya pada minggu fesyen tidak lagi berpacu.
Bayangkan, Garance yang membina ‘baluarti’ fesyen seperti fesyen jalanan dan dunia blog fesyen bermula dari 2006, – era fotografer fesyen jalanan dan pengilustrasi fesyen memuncak – hampir selama lebih satu dasawarsa sudah. Terima kasih kepada Garance, kerana dialah antara yang terawal yang menitipkan budaya fesyen di media sosial. Garance-lah perintis (bersama-sama temannya seperti Scott Schuman dan Tommy Ton) yang membentuk gerombolan ‘influencer’ dan menjulang naik nama-nama seperti Caroline Issa juga Carine Roitfeld.
Jelas Garance dalam bicara Voices tersebut, “My experiences in the fashion industry continued to worsen. The fakeness, the waste, the egos. The endless cycle. And, just like that, I had breakdown.” Tidak mengiaskan kata-kata, sebaliknya berlaku jujur. Titik perubahan Garance berlanjutan selepas dia menemu bual John Galliano untuk Dior. Garance menyedari percanggahan antara imej rumah fesyen tersebut dengan isu besar yang dihadapi oleh John. Kemudian, Garance meluahkan hatinya yang sebal sebelum pertunjukan Chloe pada 2016. “…in my bedroom surrounded by designer clothes, I broke down. I started crying, and I couldn’t stop.” Dia tidak hairan dengan apa yang terbentang di depan mata dan tersedia untuknya pada hari itu. Sejurus selepas itu, Garance ‘melangkah pergi’, keluar dari minggu fesyen.
Ucapan besar-besarannya di Voices itu sungguhpun mendapat sokongan ramai, namun ada yang kurang berpuas hati dengan luahan hati Garance. Antaranya Pelayo Diaz atau Prince Pelayo. Komen balas Pelayo terhadap bicara Garance dalam akaun Instagram BOF (komen Pelayo barangkali sudah dipadam) :
With all respect dear @garancedore, your studied speech is still so full of ego that many of the so called by you “new influencers” don’t use anymore because they know how to speak to their audience and unlike you know how to evolve and adapt. I kind of respected your work but now, with all these, “me” “I” “myself” and “I was the first one to” (let me doubt this last one…) I just think you are not still over the fact you were not good enough for something. This intention to lecture us all on how fashion works… I don’t buy it either and lastly, to make yourself more important. There is no need to put down the people that are successfully doing what you failed to do. I wish you the best in your job and I hope 2020 brings you what you want, far away from fashion weeks 💖
… Di mana Pelayo mempersoalkan ketidaksudian Garance untuk menyesuaikan atau mengadaptasikan dirinya dengan kebaharuan dan permintaan masa kini. Oleh sebab Garance gagal untuk menyaingi kumpulan influencers zaman sekarang, dia seakan-akan menyalahkan dunia fesyen.
Rasa-rasanya, Garance betul dan Pelayo pun betul juga. Masing-masing ada pro dan kontra. Tetapi, kami faham juga senario Garance. Dunia fesyen sekarang seolah-olah ‘kelam’, tak lagi merangsangkan seperti sebelum-sebelum ini. Terkikis segala semangat. Misalnya, tidak banyak jenama fesyen yang berpihak kepada media atau berbelanja lebih – kerana ‘diganggu’ oleh influencers – malah media pun kian berkurangan dan seumpamanya. Jadi, entahlah. Apa agaknya wawasan fesyen pada tahun 2020 kelak ya?
Apa pandangan anda?