Posted on July 21, 2020
Kami sekarang obses dengan akaun Instagram yang menampilkan video ‘peragaan’ IRL orang-orang di jalanan! Kami jangka trend ini bermula di China, yang menghidangkan mata kita dengan dokumentasi video-video ‘peragaan’ di jalanan yang ditangkap secara rambang. Disaingi lagi oleh lagu-lagu popular di TikTok juga lagu ‘How You Like That’ daripada Blackpink… membangkitkan mood seperti mahu saja meligatkan jasmani seraya berjalan bak berada di atas runway hari-hari!
Cadangan kami kepada kamu adalah untuk follow Instagram ini – @openingrunway – yang sudah mula meraih lebih 3,000 pengikut!
Kali ini, untuk bulan ini, pasca-pandemik COVID- 19 ini – dengan harapan COVID- 19 akan lenyap – adalah masa terbaik untuk menggodek-godek telefon pintar kamu dan beri perhatian kepada beberapa akaun Instagram yang berasaskan fesyen. Baik akaun Instagram ‘pentas peragaan IRL’ atau Instagram yang menampilkan konsep fotografi editorial fesyen mahupun Instagram yang pastinya melumpukkan Philophiles.
Salah satunya adalah akaun Opening Runway, – seperti yang kami cadang di atas – kemudian ada satu lagi akaun Instagram yang dipanggil @oldcelinemarket, khusus buat pencinta-pencinta setia Phoebe Philo, mantan pengarah kreatif jenama Celine. Old Celine Market adalah akaun e-tailer yang menjual produk-produk Celine terdahulu sewaktu seperti helaian sedia pakai, beg, kasut serta aksesori-aksesori lain dan akaun ini umpama ‘ruang’ yang menebus rindu menebal si Philophiles terhadap Phoebe. Secara peribadi, kami yang turut suka rekaan-rekaan Phoebe sewaktu dia mengepalai Celine dahulu, pun tidak terlepas daripada follow Instagram Old Celine Market.
Namun, jangan keliru dengan akaun Instagram @oldceline, diasaskan oleh Gabrielle Boucinha yang didedikasikan sepenuhnya buat jenama Celine dan bukannya berbentuk e-tailer.
Daripada akaun Instagram yang dibanjiri oleh estetika bersih Phoebe Philo, kepada akaun Instagram yang merai kesenian tertinggi dalam fesyen. Akaun Instagram yang menyusun lebih seribu gambar dan semuanya bertumpu pada memartabatkan dekonstruksi pola serta aspek-aspek avant garde. @fashiondeconstruction atau Fashion DeConstruction yang berpangkalan di Berlin, diwujudkan bagi mendokumentasikan konseptual pada sesebuah rekaan fesyen atau olahan eksperimen pada fesyen. Akaun Instagram Fashion DeConstruction yang disimbah rona hitam putih sahaja, ada memperlihatkan post gambar daripada pereka-pereka fesyen avant garde seperti Yohji Yamamoto dan Rad Hourani. Fashion DeConstruction juga tidak meminggir terus pereka-pereka avant garde yang independent, di mana ia menyingkap butiran rekaan-rekaan yang polanya berteraskan eksperimental.
INSTAGRAM FESYEN YANG PERLU DIIKUT
https://www.instagram.com/p/CCey4NwHf9Z/
https://www.instagram.com/p/CCvRBJSpFi2/
Apa pandangan anda?