SEARCH

Timothee Chalamet Bintang Lelaki Paling Stailish 2019 & Siapa Lagi Pilihan Editorial STAIL.MY?!

Timothee Chalamet Bintang Lelaki Paling Stailish 2019 & Siapa Lagi Pilihan Editorial STAIL.MY?!

The Lyst’s out! Timothee Chalamet dinamakan sebagai ‘The Most Influential Stars In Fashion’ untuk tahun 2019! Keputusan yang tidak memeranjatkan. Melihat dirinya yang galak kali melaram beria-ia di atas karpet merah, di acara-acara tertentu malah muncul kasual di jalanan, membuatkan kita mengangguk kepala tanda setuju atas penamaan tersebut.

Lyst baru sahaja melepaskan senarai yang menamakan jenama Off White sebagai ‘The Hottest Brand’ untuk 2019 buat dua kali berturut-turut. Virgil Abloh memangkas jenama-jenama mewah lain, lalu menduduki tempat pertama. Sekejap kemudian, teman baik Virgil, Timothee Chalamet pula – terima kasih buat abah-abah ‘tular’ yang direka khas oleh Virgil untuk Timothee – memahat statusnya sebagai bintang paling stailish dalam senarai Lyst.

Kematangan Timothee yang bijak mengatur gaya-gaya peribadinya telah membuahkan kecemerlangan. Dia berlanjutan mendapat pujian atas penampilannya, Instagram tidak berhenti memuat naik gambar #OOTD-nya dan dia tak takut menyanggah ketradisionalan gaya lelaki. Ingat lagi rekaan sut Haider Ackermann yang dilengkapi cinched waist sewaktu menghadiri Venice Film Festival? Dan bagaimana bisa untuk kita lupa stail Timothee ketika keluar dari studio BBC Radio, di mana imejnya berbaju panas, berseluar jogger bercorak dan berkasut sniker Ultrapace, tertangkap?

Timothee bergaya formal mahupun sekadar kasual bersahaja, tetap dia mampu muncul stailish. Entah apa magis Timothee, buatlah apa-apa pun, sekalipun bagi sack dress, he just got it. Designers love him and staple for good fashion on red carpet. Ditambah lagi dengan pakej seraut wajah klasik Perancis, rahang membunuh dan rambut semulajadinya yang mendatangkan rasa iri hati kita… like we said just now, he just got it.

 timothee chalamet most influential man in fashion lyst

Filem Little Women yang dibintangi oleh Timothee bakal memecah panggung sedunia hujung Disember ini. Pasti pabila adanya acara-acara tayangan perdana kelak, teruja menanti Timothee. Keterujaan tidak berhenti di situ. Bila nak masuk tahun 2020 tak lama lagi, tidak sabar mahu melihat progresif gaya-gaya Timothee yang akan mengindahkan mata-mata kita yang memerhati!

PENDAPAT EDITORIAL STAIL.MY : SELAIN TIMOTHEE CHALAMET, SIAPA LAGI PELAKON LELAKI PATUT DIGELAR ‘MOST INFLUENTIAL’ TAHUN INI?

Merrissa Emilda, Pengarah Kreatif

“Saya sekarang tengah tergila-gilakan siri The Crown musim ketiga. Saya sangat suka pelakon lelaki utama dalam siri tersebut… Tobias Menzies. Tobias menggambarkan ciri-ciri stail lelaki British klasik. So sartorial.”

Ryan Mohamad, Pengarang Gaya Hidup

“Tolonglah masukkan Darren Criss lagi tahun ini! Saya sangat-sangat suka stail Darren. Dia berani dan tidak kisah mencuba. Kamu ada lihat persiapan gayanya sebelum ke pertunjukan Givenchy musim bunga panas 2020? Saya suka!”

Amira Azman, Penulis Kecantikan

“Charlie Heaton is my boyfriend. Saya suka quirkiness yang ada pada Charlie dan gaya-gayanya seyogia mendapat pujian.”

Ashura Hakim, Pengarah Seni

“Jacob Elordi menambat hati saya. Selepas menonton dia dalam siri Euphoria, dengan wajahnya yang kacak, ketinggian serta fizikalnya lagi… bagai melengkapi ciri-ciri ‘Most Influential’.”

Jordi Harris, Videografer

Two words : Harry Styles.”

Zaidi Che, Penulis Budaya

“Banyak nama dalam kepala saya yang saya rasakan layak dinamakan ‘Most Influential’. Tetapi jika kita berbicara bintang milenial sekarang yang tak kurang hebat gaya-gayanya, adalah Cole Sprouse.”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE