Posted on October 17, 2021
Jelas sungguh Kim K loves Balenciaga! Sejak MET Gala, Kim K seperti iklan berjalan untuk jenama ini. Antaranya untuk rancangan Saturday Night Live (SNL) di New York. Kalau diteliti, sudah berbulan-bulan Kim K asyik memilih Balenciaga untuk kemunculan awamnya. Helaian kegemarannya tentulah pantaleggings yang direka seperti bodysuit yang menjadi signature Kim K kini. Untuk rancangan SNL (kemunculannya yang dikhabarkan mendapat banyak bantuan daripada Kanye West) , Kim menyarung pantaleggings dan top fuschia baldu yang sungguh terang dan ikonik. Sewaktu dia tiba di set pula dia menyarung helaian fuschia yang lebih berkilau bersama kot bula warna sama yang sungguh glamor!
Pantaleggings ini sold out online, mungkin kerana semuanya ada dalam gerobok Kim. Untuk makan malam bersama produser SNL yang juga bekas kekasih Ben Aflleck, Lindsay Shookus pula dia menyarung pantaleggings hitam bersama blous warna sama.
Sejak Bila Kim K Loves Balenciaga?
Sejak Halloween 2020, Kim telah memakai look seakan-akan sama beberapa kali sebenarnya termasuklah ke majlis pra dengar album Kanye, Donda Ogos lalu. Tak hairan lah look ini menjadi kegemaran Kim kerana dia sememangnya terkenal menyenangi helaian yang menampakkan bentuk tubuhnya yang menjadi idaman wanita seluruh dunia itu. Walaupun begitu, Kim akan membeza-bezakan setiap penampilan dengan helaian tambahan seperti kot silver berkilau (yang dipakai untuk makan malam bersama Shookus).
Ada kemungkinan juga dengan uniform Balenciaga yang disarungnya ini, Kim cuba membuat kenyataan ironi berkenaan terlebih shopping (ya, Kim adalah wajah kepada eveyrthing extra). Tetapi kalau didalami pula, dia hanya memakai helaian yang sama berulang-ulang kali (walaupun dia mungkin memiliki 20 helai warna yang sama) yang turut membuktikan konsep sustainable. Apalagi setelah berlakunya demonstrasi di pertunjukan Louis Vuitton tempoh hari dengan slogan “overcomsumption = extinction”, mungkin juga Kim memilih jalan sama dengan Steve Jobs, memilih uniform untuk dipakai hari-hari.
Apa-apa pun, dia menunjukkan dengan jelas bahawa dia menggemari rekaan pengarah kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia!
Apa pandangan anda?