Posted on April 8, 2020
Nicole McLaughlin mengajak kita yang duduk merengsa di rumah seharian ini untuk jadi lebih kreatif. Paket plastik gummy bears Haribo dikumpul, diolah bak hamparan fabrik untuk dia potong dan dijadikan pola seluar pendek. Nicole malah mengambil bungkusan Ziploc sandwich, diubah dan mereplikakan ia kepada bentuk bralette.
Jacquemus pula memperkenalkan siri ‘Home Forever’. Selain berteka-teki, menguji akal kita untuk memilih ‘Jacquemus Game Which Bag Are You?’, Simon Porte Jacquemus menunjukkan gambar-gambar inspirasi berkonsepkan kesenian – seperti mengolah buah oren untuk dijadikan tapak kasut tumit tinggi, mengambil gambar-gambar botani dan macam-macam lagi – menerusi slides di post akaun Instagram-nya.
Young Emperors pula adalah akaun Instagram yang bersenda dengan konsep gambar #OOTD, yang menampilkan pasangan stailish. Pasangan kekasih IRL, Nelson Tiberghien dan Isabella Chaput memilih konsep unik di mana mereka berdua tak lepas bergambar bersama, sepertikan pasangan kembar, kemudiannya menghidangkan kita dengan imej-imej gaya fesyen masing-masing.
Itulah dia tiga akaun Instagram yang kami cadangkan, untuk kamu follow atau barangkali sekadar tengok sahaja, mahupun ‘Saved’, sebagai inspirasi sepanjang perintah kawalan pergerakan ini! Tiga akaun Instagram yang kami kira… perkara terbaik minggu ini! Tiga akaun Instagram yang bisa buat kita (saya) tersenyum dan mampu menyembuh hati yang tidak tenteram disebabkan berlakunya penularan virus ini. Percayalah. Kerana content yang dipersembahkan oleh mereka umpama satu ruang yang seakan-akan memberi kamu peluang untuk melayang jauh seketika dan adakala membenarkan kamu untuk menjadi kreatif atau berinovasi.
Misalnya, apa yang dihasilkan oleh Nicole McLaughlin – yang ditunjuk dalam Instagram-nya – sangat relevan dengan permintaan dunia sekarang : sustainability and upcycle fashion. Nicole yang mula memuat naik gambar hasil kerja fesyen yang menggunakan semula bahan buangan pada pertengahan 2018 di Instagram, lantas mencuri perhatian umum dan berjaya mengumpul lebih 300 ribu pengikut. Semuanya hanya bermula dan dilakukan di rumahnya sahaja. Tidak membabitkan produksi besar-besaran pun. “I was like, ‘You know what? This is kind of cool. Let me put it on Instagram, see what happens,’” kata Nicole, dalam temuramahnya bersama Highsnobiety. Dia tekal, berpegang pada pendirian fesyen upcycle sehingga kini.
https://www.instagram.com/p/B9ZllO0luaF/
Apatah lagi dengan keadaan kita yang duduk di rumah, tidak tahu hendak buat apa dan seumpamanya. Apa yang Nicole lakukan ini menyegarkan minda kita dan mungkin, boleh belajar daripadanya.
Selain Nicole Mclaughlin, the best Instagram to follow right this second is Young Emperors! Kreativiti pasangan ini yang mengambil langkah untuk bergambar bersama – bergambar berpasangan, mengingatkan kita pada kembar dalam babak filem The Shining – dan idea ini boleh dirujuk atau ditiru, khusus buat yang suka mengambil gambar #OOTD. Dan khusus buat yang ada pasangan, hmm.
https://www.instagram.com/p/B-iJxqGhSn-/
Siapa sangka pasangan asal Perancis ini, yakni Nelson Tiberghien dan Isabella Chaput ini mampu menukar tanggapan kita fasal couple style yang lebih sekadar matching tee. Mereka berdua berjaya mendandani diri dalam stail atau gaya yang fashionable – menggayakan jenama Fendi, Marine Serre dan mengenakan kot trench, blazer besar, cool-looking shoes serta menyarung beg-beg yang menawan perhatian kami! Malah, ada beberapa video atau aksi mereka bergambar boleh dijadikan idea untuk Tik Tok kamu. Kalau dah alang-alang ber-Tik Tok di rumah, why not?
Instagram Jacquemus juga menarik. Simon Porte Jacquemus bukan sahaja menampilkan ‘game’ untuk dimain ketika perintah berkurung, dia malah mempersembahkan beberapa siri gambar ‘Home Forever’ yang memberi ilham kepada kita untuk menghasilkan gambar-gambar Instagram. Gambar-gambar yang diambil pula hanyalah di sekitar atau sekeliling rumahnya sahaja.
https://www.instagram.com/p/B-ac7fCjzey/
Apa pandangan anda?