Posted on December 31, 2019
Kami mahu membawa kamu ke ‘tinjauan kembali’ – pilihan editor : sepuluh trend yang paling diingati sepanjang dua dekad, dari era selepas kecuakan segenap dunia fasal Y2K ke era Millenium sehinggalah ke tahun sebelum memulai tahun baharu. Jadi bersempena malam ambang era baharu nanti, ayuh bongkar nostalgia dulu-dulu, mengenang semula trend-trend yang saya kira pernah terkesan selama dua dekad ini.
Fun but freaky fact, kita sudah meninggalkan kurun kedua puluh dah. Kita sudah mendewasa dengan alam fesyen rencaman. Menyentuh bicara fasal era 2000-an, kita telah dihidangkan oleh bagaimana fesyen dipengaruhi oleh elemen futuristik kerana kononnya kehadiran Y2K sewaktu memasuki tahun 2000. Kemudiannya entah dari mana, muncul pula stail skate rock ala Avril Lavigne yang datang ‘mengacau’ lalu menjadi ikutan anak-anak muda. Tak lupa juga era genre hip hop serta pop mengungguli dan fesyen-fesyen yang bersangkut paut dengan kedua-dua genre muzik tersebut turut menjadi ketaasuban.
Tiba-tiba pertengahan era tahun 2000-an, orang mula taasub dengan fesyen. Bukan sahaja kerana pengaruh Carrie Bradshaw, Sex & The City juga siri-siri atau filem-filem yang ‘sekutu’ dengannya, malahan kemunculan budaya street style – yang dipopularkan oleh The Sartorialist dan Facehunter – yang mengajak orang untuk mewujudkan statement dalam penggayaan. Ia bercambah ke wadah tumpuan media sosial – sungguhpun sebelum-sebelum ini ada Myspace dan Friendster, namun tidak sedahsyat Facebook, Twitter serta Instagram. Wadah tumpuan media sosial yang melahirkan budaya OOTD, lantaran itu, semua mahu tayang barang dan jenama masing-masing. Daripada media sosial-lah, ia menjelmakan bermacam-macam fesyen seperti hypebeast, athleisure dan seumpamanya.
Usah memanjangkan lagi ‘prolog’, inilah dia sepuluh detik trend sepanjang dua dekad yang menjadi pilihan editor!
THE POPSTAR LOOK

For some reason, menayangkan midriff adalah trend yang dibawa dari masa pertengahan era 90an sehinggalah pertengahan era 2000-an. Dengan jean atau seluar potongan boot cut, big belts dan mesti ada aksesori-aksesori tambahan. Sama ada leather wristband, rantai poket seluar mahupun ‘some-weird-out-of-nowhere-accessories’ seperti tali leher (ya, Avril Lavigne!) Oh, mesti ada topi seperti topi fedora dan topi newsboy.
Ia kuat dipengaruhi oleh bintang-bintang pop pada masa itu – dalam sekitar tahun 2001 ke tahun 2005. Britney Spears dan Christina Aguilera adalah antara nama besar dalam rujukan fesyen. Lalu muncullah Avril Lavigne, The Pussycat Dolls serta Rihanna yang menjadi rujukan terbaru dan mereka adalah ‘punca’ kepada eksperimentasi fesyen rencaman.
SEMUA MAHU MENJADI ‘SEX & THE CITY’

Siri Sex & The City berjaya melahirkan gerombolan pencinta fesyen. Apatah lagi sosok empat wanita New York yang selalu seiring berjalan, masing-masing dalam penggayaan tersendiri, telah membentuk rujukan fesyen pada pertengahan era 2000-an. Masa itu, semua mahu menjadi Carrie Bradshaw. Bila siri tersebut difilemkan dalam bentuk cerekarama, tiba-tiba gaya wanita New York berkerjaya menjadi kegilaan. Contohnya, skirt pensil, blaus atau kemeja dress yang dimasukkan ke dalam skirt dengan tali pinggang besar belted out dan paling penting… kasut tumit tinggi seraya membimbit beg tangan! Gaya-gaya Charlotte, Samantha dan Miranda pun turut diikuti.
Bukan sahaja fesyen, bahkan siri-siri yang berkaitan dengan watak-watak fashionable pun turut menjelma namun tidaklah sehebat Sex & The City – seperti Lipstick Jungle dan Cashmere Mafia yang bertahan untuk dua musim sahaja. Lol! Tetapi, thanks to Sex & The City, seingat saya,kesedaran orang tentang fesyen mula tercetus.
LADY GAGA : ANOTHER LEVEL

Barangkali Lady Gaga merasakan dunia fesyen dan hiburan tidak mengujakan kerana semua mahu play safe. Tidak ada yang seberani Madonna dulu-dulu. Lady Gaga sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam muzik, namun namanya betul-betul melonjak naik pada penghujung tahun 2000-an yakni sekitar tahun 2008 dan 2009. Dengan kemunculan album The Fame (ya, saya membeli CD album tersebut dulu!), ‘berbekalkan’ lagu Just Dance dan Poker Face, Lady Gaga berani candang mengetengahkan fesyen yang provokatif dan eksentrik.
Semualah perkataan yang kedengaran sepertikan ada konotasi negatif seperti ekstrem, radikal, gila, aneh, pelik dan macam-macam lagi, dikepal erat oleh Lady Gaga dalam membentuk imejnya. Waktu itu, setiap kali ada acara karpet merah, persembahan konsert dan seumpamanya, pasti mata tertumpu pada Lady Gaga. Namakan saja, dress daging, kasut tumit tinggi yang melampau rekaannya, muncul dalam telur… semua sudah dilakukan olehnya.
‘THE JUICY COUTURE’ SET BAJU PANAS VELOUR

Ingat tak trend satu set baju panas berhud, sekali dengan seluar panas – matchy sets, baju serta seluar sama yang warna dan fabrik yakni fabrik velour. Ingat, kan? Ya… trend tersebut pernah menjadi kegilaan. Pelik, tetapi benar. Saya selalunya melihat gaya-gaya ini dalam rancangan realiti (oh, rancangan realiti mula menguasai dunia hiburan pada era 2000-an!) terutama sekali siri seperti Simple Life, Jersey Shore, Keeping Up With The Kardashian dan yang seangkatan dengannya.
Gaya ini adalah ketaasuban perempuan-perempuan Amerika, lebih-lebih lagi yang mahu menjadi Paris Hilton. Manakala di UK, ia dikaitkan dengan perempuan chav.
PATTERN MANIPULATION

Berbalik kepada fesyen Lady Gaga, ia sebenarnya banyak mempengaruhi seni reka fesyen. Pada masa itu, elemen structured atau robust dalam pola pakaian, yang sebenarnya bersifat kesenibinaan adalah trend rata-rata rumah fesyen. Kelihatan mustahil untuk dipakai – kerana dilihat ‘keras’ – namun itulah yang dikutip oleh pereka fesyen yang mencabar daya inovasi mereka. Balenciaga muzim bunga 2008 antara yang terkesan, kerana mengeluarkan rekaan-rekaan berstruktur dari aspek pola dan elemen yang sama berlanjutan ke musim luruh, tahun yang sama. Semua ini semasa zaman Nicholas Ghesquiere mengepalai Balenciaga.
Chanel Couture untuk musim luruh 2008 turut mempersembahkan seni reka structured di mana Karl Lagerfeld bermain dengan eksperimentasi pola. Kemudian, Versace musim bunga 2009 pun secara subtle, ‘menyisip’ elemen structured – contohnya pada pola skirt mini dress dengan meletakkan fish bone agar kelihatan ‘keras’.
TREND BAJU PANAS MENGITARI STREET STYLE

Two words : Kenzo Tiger. Saya kira Humberto Leon dan Carol Lim memperoleh kemenangan sewaktu memimpin jenama Kenzo pada waktu ini. Kerana mereka berdualah, orang mula menjulang nama Kenzo. Ketika mereka mempopularkan baju panas Kenzo yang ada sulaman corak kepala harimau, ia seakan-akan membentuk satu ‘kultus’. Terlihat ia dipakai dalam bermacam-macam rupa penggayaan, yang mengitari gaya jalanan. Sehinggakan baju panas tersebut tersenarai dalam ‘item mesti ada’ dan malahan, ada pula versi tiruan!
Selain baju panas Kenzo, baju panas Balenciaga – secara spesifik, rangkaian ‘Join A Weird Trip’ – antara key piece gaya jalanan. Kerana ia turut hadir dalam fabrik skuba keras yang for some reason, menjadi kegilaan dalam fesyen. Mungkin agaknya, kerana sifat keras yang mencipta siluet bulky dan besar adalah faktor yang memungkinkan populariti fabrik skuba pada masa itu.
PRADA STARTED IT

Bercakap fasal tiruan dan menjadi ikutan, saya berani kata, Prada adalah antara jenama fesyen yang ‘menyumbang’ kepada ritma fesyen dua dekad ini. Saya ingat lagi Prada musim bunga 2011 yang memperkenalkan clashing prints, corak buah pisang serta jaluran yang tergolong dalam ikutan trend. Terutama sekali corak pisang Prada tersebut yang menjadi ketaasuban orang. Pada masa yang sama, Prada mengeluarkan pula kasut brogue dengan tapak jut tebal dan chunky. Lantas mewujudkan budaya statement shoes yang baharu!
Saya antara yang menginginkan kasut tersebut, hanya kerana ia menguasai trend gaya jalanan pada waktu itu. Apa yang Prada lakukan ini telah mempengaruhi jenama-jenama fast fashion dan high street. H&M turut mengeluarkan himpunan baju panas kait yang bercorak jaluran – mujur masa itu backlash tidak begitu aktif, unlike now – yang hampir sama dengan apa yang dipersembahkan oleh Prada. Manakala kasut brogue bertapak jut tebal Prada pula hadir dalam versi tiruan.
HELLO ATHLEISURE!

Seperkara tentang fesyen 2000-an yang saya suka adalah eksperimentasi dengan aspek kesukanan! Beberapa jenama fesyen mengambil langkah untuk menggabungkan elemen sukan dalam seni reka fesyen. Anggapan saya kerana pada pertengahan tahun 2010-an, streetwear dan budaya hypebeast mula menguasai. Orang mula berani memadankan kasut sniker sukan dengan penggayaan formal, memakai statement pieces yang berupa pakaian sukan seperti baju panas berhud, seluar trek dan seumpamanya. Sudah tentu, kasut sniker sukan (sampai ke sudah) menjadi keutamaan.
Jenama-jenama seperti Stella McCartney, Jean Paul Gaultier, Louis Vuitton, Burberry dan lain-lain mula mengutip aspek kesukanan kerana mereka melihat ia sebagai pasaran baharu. Malah jenama yang sememangnya bersendikan kesukanan seperti Lacoste pun mengubah hala tuju rekaannya, menggabungkan sukan dengan fesyen.
THE OVERSIZED IS THE NEW FIT

Kemunculan siluet besar menggeleber atau oversized berjaya menguasai dunia fesyen sampaikan orang melihat ia sebagai the new fit. Siapa sangka, sebelum-sebelum ini minda kita disogok oleh gaya fit yang mampu menayangkan fizikal tubuh bisa berubah dan mahu mengamati siluet oversized sebagai trend. Orang tidak lagi gentar pada idea ‘menyembunyikan’ tubuh, sebaliknya mereka tidak punya sebarang isu dengan potongan yang kadar bandingnya lebih besar daripada saiz sebenar tubuh.
Lalu, ia memunculkan idea sut oversized, kemeja T oversized, seluar labuh dan sebagainya. The best thing is, we get to wear our old dad’s and grandpa’s suits again!
KEGEMILANGAN ERA RICCARDO TISCI DI GIVENCHY

Era ini adalah era yang paling saya ingat. Era di mana Riccardo Tisci mengepalai jenama Givenchy pada tahun 2005 dan dia berjaya menjulang semula nama jenama tersebut. Riccardo tidak takut dalam memperbaharui dan merevolusikan Givenchy. Saat dia memperkenalkan ‘Bird Of Paradise’ ketika persembahan menswear musim bunga panas 2012, Givenchy terus menjadi percakapan segenap dunia fesyen. Kreativiti Riccardo berterusan dengan idea digital tribalism untuk musim bunga panas 2014 dan memperkenalkan trend seluar pantai sebagai pakaian harian. Dan tak lupa juga, Riccardo menafaskan kembali trend skirt juga apron untuk lelaki, yang mencabar maskulin lelaki.
Apa pandangan anda?