Posted on December 3, 2019
Bermula dengan aksi-aksi menyanyi covers di Youtube, akhirnya membuahkan rezeki yang lebih luas. Karier Sabrina Claudio yang mula menapak namanya dua tahun lalu, kini sudah makin mekar dalam industri hiburan antarabangsa. Seorang yang gigih memperjuangkan kecintaannya pada muzik, Sabrina baru selesai menyudahkan Truth Is Tour bulan ini dan melepaskan album ‘Truth Is’ pada dua bulan lepas.
Memeriahkan lagi industri muzik dengan selera genre R&B dan sedikit pop, kemunculan Sabrina yang berimej provokatif, seksi juga sensual menawan perhatian kami. Sabrina mendewasa menjadi celik dalam menilai dirinya itu kena dengan fesyen yang bagaimana dan pada masa sama, menepati jati diri Latina-nya. Lalu mencorakkan identiti Sabrina. Bertubuh curvy, seraut wajah Latin – campuran Cuban dan Puerto Rican – membenarkan Sabrina untuk tampil seksi atau provokatif dan diolah dalam rupa yang stail-ish!
Pabila meneliti gaya-gaya atau imej-imej Sabrina, kami membayangkan dia nian sesuai menggayakan rekaan-rekaan Mugler oleh Casey Cadwallader. Bodysuit Mugler atau dress-dress body con Mugler… very Sabrina!
Dalam temu ramahnya bersama Harper’s Bazaar, Sabrina memuji hasil kerja penata gayanya yakni Kristine Urzua kerana berjaya merealisasikan imej yang dicita-citakan olehnya. Kata Sabrina, dia menggambarkan stail peribadinya agak ‘neutral’. “I love a good silk slip.” Tidak hairan mengapa Sabrina selalu terlihat menyarung dress slip, coz it’s her favourite. Selain dress slip, Sabrina selesa melaram dalam pakaian-pakaian yang menayangkan asetnya dan seksi, ala-ala pakaian dalam atau lace undergarments.
Bukan sahaja soal imej, malah gaya-gaya Sabrina ini menyaingi jenis muzik atau genre yang diketengahkan olehnya. Jika kamu mendengar lagu-lagu Sabrina, – seperti Take One To The Head atau On My Shoulders – bagai ada keseimbangan antara imej-imej seksinya itu dengan lagu-lagunya. She really knows her s**t!
ANTARA GAYA-GAYA PROVOKATIF SABRINA CLAUDIO YANG MENJADI OBSESsION KAMI!
Apa pandangan anda?