Posted on January 8, 2020
Scarlett Johansson atau Scar Jo ke Golden Globes ke-77 kelmarin, melewati karpet merah dalam gaun tanpa tali bahu rekaan Vera Wang. Gaun dramatik meleret merah menyala yang mengunci perhatian semua orang. Dia ditata gaya oleh Molly Dickson, menyarung gaun daripada fabrik sutera faille berleher deep V, dengan ikatan dasi besar pada bahagian badan belakang dan diindahkan lagi dengan barang kemas Bulgari.
Memang Scar Jo cantik malam itu. Tidak dinafikan. Scar Jo sepertikan menembusi waktu kegemilangan old Hollywood dan meresapi era itu pada penampilannya kelmarin.
Malah gaun Vera Wang yang Scar Jo pakai itu turut mencetus perbualan orang di Golden Globes. Kerana Chris Evans (sekali lagi) menjadi hero, mengangkat ekor skirt gaun tersebut untuk membantu memudahkan pergerakan Scar Jo sewaktu pengumuman anugerah Best Actor. Lantaran itu, Chris – sebagaimana dia membantu Regina King di Oscars tahun lalu – membuktikan sisi adiwira-nya yang sebenar. Good job Captain America!
Namun, bercakap fasal gaun merah Scar Jo, ia bagai mengulang sejarah ‘dress merah’ Scar Jo. Hmm, Scar Jo dan ‘dress merah’… sudah menjadi sinonim, no? Scar Jo seakan-akan membina hubungan istimewa dengan ‘dress merah’ dan ia menguntum ingatan kita pada penampilan-penampilan Scar Jo sebelum-sebelum ini. Bukan kali pertama Scar Jo terlihat menggayakan rona merah di acara-acara tertentu. Agaknya sudah lima, enam atau sepuluh kali?
Ia menajamkan niat kami untuk selidik dan cari apakah benar anggapan kami. Dan ya! Kami ada bukti. Sepuluh bukti (termasuk Golden Globes kelmarin) yang menunjukkan Scar Jo sering menggayakan rona merah – dari dahulu lagi – sehinggalah sekarang. Barangkali Scar Jo selesa dengan merah? Ataupun rona merah menyerlahkan lagi kecantikan klasik yang dimilikinya serta rambut perang juga rona kulitnya yang light itu?
Apa pandangan anda?