Posted on November 30, 2020
Siapa best fashion IG moments minggu ini? Sharon Stone. Pada usia 62 tahun, susuk jijak Stone masih lagi mengagumkan. Daya tarikan seks ala-ala watak Catherine Tramell – watak dalam filem Basic Instinct – terasa benar pabila dia memuat naik gambar dalam suapan akaun Instagram-nya baru-baru ini, menyarung full look Dolce & Gabbana. Penata gaya Paris Libby yang menggayakan Stone, dengan mengenakan kemeja sutera lelaki bermotifkan Barok yang butang-butangnya dibiarkan terbuka, bersama korset hitam di dalam dan disempurnakan lagi oleh kasut pumps Taormina berona kuning dengan sulaman kristal-kristal Swarovski.
“I am not only astounded but grateful that I am still modeling at 62, La Dolce Vita…” tulis Stone dalam kapsyen suapan gambarnya itu. Usia lanjut tidak menggencat Stone untuk kelihatan hot! Mengait kehendak dalam hati dan memutuskan fikiran kita untuk kelihatan seperti Stone, seandainya sudah mencecah usia 60an nanti. Masih ghairah lagi berfesyen dan masih mampu menayangkan amazing legs! Mengusik orang lain, dengan menimbulkan rasa sukar dipercayai, sehinggakan mereka bertanya, “You’re 60?!” Lol!
Speaking of legs, Dua Lipa pun sama, menayangkan sesuatu yang ‘radikal’ di kakinya dalam akaun Instagram-nya. It’s not about the legs, per se, but the shoes! Lipa menyarung kasut but yang direka oleh Rick Owens, daripada himpunan musim bunga panas 2021. Kasut but bertumit tinggi, dengan platform tebal dan bahagian lututnya mencadangkan aspek rekaan futuristik – seperti sesuatu yang kita lihat dalam filem Pacific Rim.
Oh, gambar Irina Shayk memakai dress slip yang padat dengan motif Burberry ‘TB’ monogram dalam akaun Instagram-nya turut mencuri perhatian kami. It’s the ‘TB’ dress yang mencuri perhatian kami! Dia bergambar bersama rakan modelnya, Stella Maxwell, bercanda dan melakonkan aksi bermain cinta – Maxwell dalam sepersalinan sut maskulin, Shayk menggayakan dress feminin dan mereka melakonkan aksi flirting.
Usah buang masa, di sini, kami susun dan menyenaraikan kesemua best fashion IG moments pilihan STAIL.MY.
Sharon Stone
Apa pandangan anda?