Posted on March 18, 2025
Bagi peminat aktiviti luar di Malaysia, Skechers kini memperkenalkan Koleksi Skechers Sport Adventure yang menjanjikan keselesaan dan gaya untuk pengalaman mendaki dan meneroka alam semula jadi. Koleksi ini merangkumi Skechers D’Lites® Hiker dan Skechers Relaxed Fit®: D’Lux Journey, direka khas untuk memberikan cengkaman, sokongan, dan keselesaan optimum di pelbagai permukaan. Sebagai seorang yang gemar meneroka denai bandar dan laluan semula jadi, saya berpeluang mencuba Skechers D’Lites® Hiker dan berikut adalah pengalaman saya dengan kasut ini.

Skechers D’Lites® Hiker: Keselesaan & Prestasi Maksimum
Dari saat pertama saya menyarungkan Skechers D’Lites® Hiker, saya terus merasai keselesaan yang luar biasa. Dengan rekaan kombinasi mesh, kulit tahan lasak dan aksen sintetik, kasut ini bukan sahaja kelihatan kukuh, tetapi juga memberi sokongan yang baik pada kaki. Saya mencuba warna Black White, yang memberikan sentuhan gaya kasual dan serasi dengan pelbagai pakaian outdoor.
Teknologi Air-Cooled Memory Foam® di bahagian insole benar-benar menambah keselesaan sepanjang pemakaian, terutamanya ketika saya berjalan di laluan berbatu. Ditambah dengan tapak luar Goodyear® Rubber, cengkaman kasut ini terasa sangat stabil, walaupun di permukaan yang tidak rata. Saya mencubanya di sekitar Taman Tugu dan Bukit Kiara, dan kasut ini berjaya memberikan keseimbangan sempurna antara fleksibiliti dan kestabilan.

Rekaannya juga ringan dengan midsole yang menyerap hentakan, menjadikan setiap langkah lebih lancar dan selesa. Tumit yang sedikit tinggi memberikan sokongan tambahan, yang sangat membantu ketika mendaki laluan yang lebih mencabar. Saya juga menghargai reka bentuknya yang tidak hanya sesuai untuk aktiviti lasak, tetapi juga cukup bergaya untuk dipakai dalam aktiviti kasual hujung minggu.
Koleksi Skechers Sport Adventure: Pilihan Ideal untuk Pencinta Aktiviti Luar
Selain Skechers D’Lites® Hiker, Skechers turut memperkenalkan Skechers Relaxed Fit®: D’Lux Journey, yang lebih sporty dengan rekaan knit dan tapak fleksibel. Kedua-dua siri dalam koleksi ini menawarkan dua pilihan warna bagi lelaki dan wanita, memberi kebebasan kepada pemakai untuk memilih mengikut citarasa mereka.

Bagi kamu yang ingin mendapatkan kasut yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi juga prestasi yang hebat untuk aktiviti luar, Skechers Sport Adventure Collection ini boleh didapati mulai 10 Februari 2025 di kedai Skechers terpilih seperti Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX, dan juga secara dalam talian di Shopee, Lazada, serta skechers.com.my dengan harga RM459 sepasang.

Secara keseluruhan, Skechers D’Lites® Hiker benar-benar menepati jangkaan saya untuk kasut hiking yang bukan sahaja tahan lasak, tetapi juga selesa untuk dipakai sepanjang hari. Sama ada kamu seorang pendaki tegar atau hanya mencari kasut yang sesuai untuk aktiviti luar ringan, koleksi ini pastinya satu pelaburan yang berbaloi!
Apa pandangan anda?