Posted on November 26, 2019
Dalam bab rekaan, Thom Browne adalah pereka fesyen yang berada di ‘darjah’ yang berbeza. Dia selalu ghairah berkarya dan mementingkan nilai artistik di luar jangkaan yang merenggut status glamor atau sifat elegan. Apa yang telah dihasilkan oleh Thom untuk Solange dan Cardi B (to name a few) membekas dalam ingatan, mencetus detik fesyen dan dilabel sebagai fashion disruptor.
And he did it again. Apatah lagi dalam hal-hal mengubah kod pakaian lelaki… leave it to Thom. Kali ini, ke atas pelakon Billy Porter di American Music Awards 2019 semalam pula. Thom menjinakkan idea serba putih pada Billy – daripada hiasan kepala sehinggalah hujung kakinya – yang datang daripada rekaannya untuk himpunan lelaki musim bunga panas 2020.
Billy melewati karpet merah, memeranjatkan mata yang memerhati dengan gaya rona putih terang penuh pada hiasan kepala berlubang-lubang, jaket cape labuh serta ‘skirt’ kembang yang hampir mencecah lantai. Pakaiannya dilengkapi lining dalam yang bermotifkan jaluran vertikal biru, merah dan putih, yang signifikan buat logo Thom Browne. Apa sebab yang tersirat di sebalik rona-rona tersebut dan mengapa ia dianggap penting untuk industri muzik Amerika?
Kehadiran Billy ke American Music Awards semalam bukan sahaja untuk mengindahkan acara tahunan yang merai muzik Amerika semata-mata. Ia lebih daripada itu. Jelas Billy dalam akaun Instagram-nya,
“Today we celebrate American Music. The songs of today are the soundtrack to our existence.”
Jelasnya, muzik menyatukan alam dan merai kesarwajagatan. Tanpa mengira siapa, tidak kisah dari mana dia datang serta apa kepercayaannya, seyogia merayakan muzik. Dan mengapa Billy mementingkan pilihan rona putih, biru dan merah daripada hasil rekaan Thom – dia menulis “hints of red, white and blue” – adalah kerana ia melambangkan Amerika. “I’m an American and this is what we look like,” jelasnya pada kapsyen post gambarnya. Billy mengait rona-rona utama tersebut dengan bendera Amerika, menegaskan ketiga-tiga rona itu mencerminkan wajah Amerika dan dia adalah representasi wajah Amerika.
Penting bagi Billy untuk menyampaikan mesej positif itu, waima sekecil zarah sahaja impaknya. Asalkan gayanya itu didasari asas.
Karpet merah acara anugerah sekarang sudah menjadi sisipan mesej berbaur politik. Baru-baru ini juga, penyanyi country, Jennifer Nettles menjadikan karpet merah Country Music Association Awards 2019 sebagai ruang untuk dia menyuarakan political statement. Jennifer menyarankan radio-radio Amerika untuk memutarkan lagu-lagu penyanyi country wanita secara saksama (berkaitan dengan kesaksamaan jantina).
PENAMPILAN SIAPA LAGI DI AMA 2019 YANG KAMI SUKA?
Ciara dalam Balmain
Selena Gomez dalam Versace
Lil Nas X dalam Christopher John Rogers
Dua Lipa dalam Miu Miu
Billie Eilish dalam Burberry
Katherine Langford dalam Rodarte
Kesha dalam Versace
Patrick Schwazenegger dalam Sies Marjan
Apa pandangan anda?