Posted on March 16, 2021
Dalam bersungguh-sungguh, menggilap otak, melayari bahagian ‘trending’ di TikTok untuk merancang apa challenge atau gaya tarian terbaru yang hendak dibuat, alangkah bagusnya seraya itu, ‘klik’ tanda pagar #plussizefashion dan belajar sesuatu daripadanya. Bukan hanya untuk mereka yang plus-size, bahkan juga untuk mereka yang bukan plus-size pun. Mungkin buat mereka yang bukan plus-size, bisa memperoleh ilmu fesyen.
Representation atau perwakilan itu yang penting. Melihat real people dengan saiz tubuh berbeza-beza, berani berfesyen dan terkadang mengambil risiko untuk mengubah gaya – terutama sekali, gaya yang sering diasosiasikan dengan mereka yang berbadan langsing atau kurus – untuk diserasikan dengan tubuh plus-size.
@brooklyndallen this top is meant for more than jeans ok @fashionnova fashionnovapartner #QuickerPickerRapper #fashion #style
♬ Cupid’s Chokehold / Breakfast in America – Gym Class Heroes
Seperti apa yang Brooklyn Dallen buat menerusi isi kandungan akaun TikTok-nya. Dengan bilangan pengikut sebanyak 39,000 lebih, Dallen beraspirasi mahu mendidik orang tentang fesyen plus-size. Caranya sama sahaja seperti pempengaruh fesyen yang lain : tip penataan gaya, how-to-style dan seumpamanya. Cuma apa yang berbeza adalah keberanian Dallen merujuk imej-imej fesyen atau gaya yang sering terlihat di Pinterest, kemudian dia cuba mengolah semula ia untuk tubuh plus-size bersaiz 18 sepertinya, yang kini sudah menjadi trend di TikTok!
Dallen mahu menjadikan kandungannya itu sebagai sumber inspirasi dan juga motivasi kepada perempuan-perempuan lain, tidak kira apa saiz tubuh mereka. Dallen cuba membangkitkan semangat perempuan-perempuan lain yang bersaiz rencaman dan membuktikan bahawa mereka juga mampu kelihatan cantik dalam apa-apa sahaja corak pemakaian. Not just for thin models.
@trinity..avila this is a very vulnerable vid where i show you the insecurities and appreciation of my body 💗 #fyp #selflove #plussize #bodypositivity @parade
Selain Dallen, Trinity Avila yang memiliki lebih 70,000 pengikut di TikTok turut memupuk semangat yang sama. Isi kandungan akaun TikTok Avila dipenuhi tip serta nasihat, khususnya buat perempuan-perempuan plus-size dan curvy sepertinya. Contohnya, dia berkongsi tip cara posing depan kamera untuk perempuan yang bersaiz curvy, malah tidak segan menunjukkan apresiasi terhadap tubuhnya – menayangkan dirinya dalam pakaian dalam sambil memberi nasihat. Bercakap tentang mencedok inspirasi gaya atau fesyen di Pinterest, (seperti Dallen) Avila juga berani mengolah semula penggayaan yang selalu dikaitkan dengan tubuh langsing atau kurus dan dicocokkan mengikut saiz tubuhnya.
Jelas Avila kepada Refinery29, “Kerana ada ramai anak muda (perempuan) yang bersaiz rencaman tidak melihat representation mereka di media sosial. Jadi, saya mengambil langkah untuk menjadi teladan dan dengan gambaran yang ditampilkan, ia bisa membuatkan mereka tidak berasa terasing.”
Apa pandangan anda?