Posted on December 13, 2019
Menurut trend report 2020 Pinterest, “Meanwhile, Gen Z is discovering 90s culture for the first time…”. Adakah sebab sifat ingin tahu memekat dalam jiwa golongan Gen Z, lalu dalam carian Pinterest, mereka gigih berikhtiar untuk menjumpai ‘90’s trend’ atau ‘90’s fashion’ dan seumpamanya? Seperti apa yang dinyatakan oleh Pinterest, golongan generasi milenial kian menua, lantaran itu, mereka mengunci timbunan perihal yang bersangkut paut dengan 90an dalam ingatan dan sebagai kenangan.
Dan golongan Gen Z tidak punya sebarang idea tentang “Apa itu 90an”, lalu ia mendorong mereka untuk mencari-cari semua perihal 90an menerusi Pinterest.
Daripada fesyen-fesyen 90an sehinggalah ke gajet-gajet yang popular pada era 90an. Carian rujukan 90an – atau dalam bahasa Pinterest yang menamakannya 90’s Rerun – bagai berserakan di Pinterest dan ia tersenarai dalam laporan top Pinterest 100. Lebih kurang dua tahun masa diambil oleh Pinterest untuk mengenal pasti carian ini. Bukan sahaja untuk senarai top Pinterest 100, malah Pinterest menjangkakan 90an (berdasarkan carian) adalah trend untuk tahun 2020 nanti! Ingat, ini bukan forecast, tetapi berkaitan dengan faktor sosiologi atau budaya yang Pinterest kaji.
‘Pelik’ tetapi benar. Dalam banyak-banyak topik atau subjek, 90an yang tersenarai. Selain trend 90an, perihal lain yang termasuk sekali adalah Home Hub (sudah tentulah, terutamanya mereka yang suka hiasan dalaman rumah), Finding Balance, Conscious Consumption, Space Everything (yes! The nerdy side of me is screaming) dan Responsible Travel. Beyond Binary pun ada dalam senarai dan antara carian berkaitan Beyond Binary adalah ‘Tuxedo Dresses’ juga ‘Androgynous Wedding Wear’.
Let’s go back to 90’s Rerun. Fakta yang menarik fasal hal laporan ini adalah kebanyakan mereka yang melayari Pinterest untuk rujukan 90an lebih condong kepada pencarian ‘Scrunchies’ – yakni dalam lebih 6,000 carian. Diikuti oleh ‘Hairclips’ sebanyak 900 lebih carian dan ‘Y2K Outfits’ yakni lebih 600 carian. Manakala ‘Grunge Fashion’, ‘Hip Hop Parties’ dan ‘90s Streetwear’ pula masing-masing dalam 200 ke 300 lebih carian.
Seperkara tentang trend 90an antara yang mengungguli trend carian Pinterest adalah kerana kitaran fesyen. You know, back in the 90’s, 70’s fashion and taste were like a thang. Kemudian masuk era Millenium atau 2000an, trend fesyen juga cita rasa muzik 80an melanda dan… sekarang, era 2010an ke atas? The 90’s. Tidak hairanlah mengapa Gen Z begitu curious kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor ini.
Mana taknya, fanny pack membuat kemunculan semula, seluar sendat berbasikal kembali jadi trend fesyen, kemeja T corak tipografi pun jadi kegilaan masa kini. Selepas itu, jenama-jenama fesyen menegaskan fesyen 90an sebagai trend dan selebriti-selebriti pula melaram dalam gaya-gaya 90an. Tidak hairanlah Gen Z sibuk mencari inspirasi 90an di Pinterest.
TREND REPORT 2020 PINTEREST : 90S RERUN
90S STREETWEAR = +277%
SCRUNCHIES = + 6309%
Y2K OUTFITS = +669%
Apa pandangan anda?