Posted on January 21, 2017
Gambar: Chee Wei/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che Solekan & dandanan: Fendi Sani Pakaian: COS Sitting editor: Azreezal Hafidz
JULIE ANNE kang, 25 USAHAWAnita / CO-founder, KULET
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Saya seorang gadis yang sangat meminati fesyen dan bidang perniagaan. Kini, saya sedang mengusaha perniagaan bersama rakan niaga dan juga teman baik saya, Aina Syahira. Bersama kami berdua menubuhkan jenama sepatu kami sendiri yang kami namakan sebagai ‘KULET’. It’s a local footwear brand with animal-friendly products.
2 – Jelaskan serba sedikit tentang KULET ini ?
KULET ditubuhkan pada 2016. Ia suatu jenama yang benar-benar menterjemahkan sepasang sepatu yang bersifat effortless dan sofistikated. Kami mahu menghasilkan sepasang sepatu yang bukan sahaja tampak stylish, timeless dan chick malah mampu-milik dengan harga yang berpatutan.
Juga sangat eksklusif, KULET dihasilkan secara ready-made. Proses pembikinannya pula dalam kuantiti terkawal. KULET juga menyokong falsasah “compassion in fashion”, yang seterusnya membuat jenama kami bebas unsur haiwan. Kami bangga tidak mengguna sebarang kulit haiwan bagi menghasilkan KULET.
3 – Projek/usahama terbaru kamu?
“RAYA COLLECTION” bakal dilancarkan pada bulan April 2017. Kami juga baru sahaja melancarkan koleksi Januari 2017, “SECOND COLLECTION” pada tanggal 10 Januari lepas.
4 – Menurut kamu, gadis yang bagaimana sesuai menggayakan SECOND COLLECTION ini?
Gadis yang terlihat effortless, sangat bersahaja dan tidak terlalu mencuba. Apa sahaja yang disarung dia, bakal cantik dan selesa serta padan padanya. Pada asalnya, idea rekaan KULET memang sepasang sepatu yang melengkapkan gaya fesyen kamu.
Maka, jika seseorang menyarung KULET, orang bahkan berkata, “Oh, awak sangat cantik!” bukan “Oh, kasut awak sangat cantik!” Maksudnya, KULET membuatkan mata-mata yang melihat berkata KAMU YANG KELIHATAN CANTIK.
5 – Bagaimana stail kamu membantu dalam mencorak proses rekagaya KULET?
Gaya personawi saya selalunya sangat ringkas. I always go on effortless looks. Bagi saya, setiap orang pasti punya sesuatu yang cantik-cantik dalam diri mereka. Dan tika kita menerima ia sepenuhnya, kita akan berasa cantik selamanya.
6 – Pilih sebuah kota yang melambangkan diri kamu dan KULET?
Paris. Fesyen yang sangat bersahaja dan gaya yang tidak keterlaluan. Mereka memakai apa sahaja yang kelihatan selesa serta cantik pada pandangan mata. It’s really Parisian.
7 – Siapa/apa yang mempengaruhi inspirasi kamu?
Saya mendapat inspirasi terbesar dari jenama fesyen Amerika Syarikat, “THE ROW”. Mereka membikin persalinan-persalinan yang nampak mewah dalam perincian dan menyantun jahitan yang sangat minimal sekali. Rekaan THE ROW memberi impak jelas namun masih bersifat tenang. Seperti itu yang saya mahukan untuk KULET.
8 – Apakah cabaran terbesar kamu sebagai seorang usahawanita?
Jika terdapat aral melintang, jangan sesekali putus asa. Sekali mencebur diri dalam dunia perniagaan, segalanya terletak atas bahu kamu sendiri. You are your own boss. Kamu harus tetap pendirian dan berdisplin tinggi bagi mencapai sasaran perniagaan.
Setiap hari bangun pagi, saya selalu ingatkan diri saya supaya jangan cepat merasa patah semangat. Meski semalam terjebak dengan situasi yang mengharukan. Jangan biarkan situasi buruk semalam mempengaruhi hari baru kamu.
9 – Jika kamu ada satu perkataan dan sebaris ayat bagi melambangkan KULET, apakah itu?
EFFORTLESS. KECANTIKAN BERSAHAJA YANG LUAR BIASA.
10 – Kata-kata semangat buat wanita di luar sana yang ingin menceburi bidang perniagaan?
Saya kiranya amat bertuah dilahirkan dalam keluarga yang penyayang. Yang selalu menyokong apa sahaja mahunya saya. Selalu percaya yang saya boleh lakukan perkara-perkara menakjubkan.
Jadi nasihat saya, selalulah percaya pada diri kamu sendiri. Setiap orang punya kelebihan tersendiri. Jangan terlalu takut untuk mencuba. Yang paling penting, kamu harus punya rasa berani untuk mengambil langkah pertama. Percayalah, selepas itu semuanya jadi mudah dan senang.
Apa pandangan anda?