Posted on January 6, 2018
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan: Fendi Sani Pakaian: Milik Penata Gaya Arahan Seni: Merrissa Emilda Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
OMAR RASYIDIN ZAINAL, 20 – EKSPRESIONIS SENI
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu?
Nama saya Omar Rasyidin bin Zainal. Saya berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Tahun ini, saya akan melanjutkan pengajian tinggi di UiTM Seri Iskandar, Perak dalam bidang Seni Halus.
2 – Selain gambar-gambar peribadi, saya melihat laman Instagram (@omarrasyidinzainal) kamu juga dipenuhi dengan nilai seni yang abstrak. Kenapa?
Saya memang gemarkan melukis dan sangat meminati seni. Sejujurnya saya hanya menangkapi foto-foto tersebut secara rawak. Wujud perasaan ingin mengolah foto-foto yang diambil tadi, supaya menjadi satu produk yang baru.
3 – Boleh ceritakan makna foto-foto itu?
Foto-foto itu punya makna. Setiap gambar memiliki memori yang tersendiri. Ada yang hitam, ada yang manis. Lalu, ia ditemani dengan kapsyen-kapsyen yang hanya saya yang tahu.
4 – Sekeping foto yang paling bermakna antara semua?
Menurut saya, semua setara. Saya rasakan tiada yang benar-benar istimewa. Tiada yang melebihi antara satu yang lain. Semua itu adalah secebis daripada saya.
5 – Pandangan kamu tentang seni dan kehidupan?
Seni itu lain. Kehidupan itu lain. Namun seni itu ada di dalam kehidupan. Semua gambar, visual dan tiap kejadian punya makna seni. Seperti pokok-pokok yang sedang melambai. Ada seni dalam menyanyi.
Ramai yang salah anggap seni itu hanya sekadar lukisan. SENI ITU LUAS.
6 – Sebagai seorang yang rupawan, bagaimana kamu melihat kehidupan? Dan bagaimana kehidupan melihat kamu?
Manusia itu tidak akan pernah puas. Biarlah dia cantik, dia tampan atau dia rupawan sekalipun, tetap sahaja ada yang melakukan pembedahan. Bagi saya, rupa paras yang cantik adalah bonus. Yang penting sopan dan santun. Dan jangan sesekali menjadi palsu.
7 – Tip kecantikan untuk jejaka di luar sana?
Sebenarnya, sebagai seorang lelaki. Untuk menjadi segak, bukanlah hanya terletak semata-mata pada paras rupa sahaja. Janji kemas dan rapi.
8 – Permasalahan kulit wajah yang terbesar dan bagaimana cara kamu menghadapi?
Kulit yang berminyak kerana ia punca utama kulit muka saya tumbuh jerawat. Kadang-kadang, sehingga bersukan pun saya kurangkan kerana permasalahan ini.
Dan saya tidak pernah meletak kepercayaan pada produk-produk penjagaan kulit yang disaran ig-ig review di luar sana. Saya hanya percaya pada set-set penjagaan wajah di toko-toko kecantikan yang dipercayai dan farmasi yang sah.
9 – Sesuatu tentang diri kamu yang tiada orang tahu?
Selain seorang yang cintakan seni. Saya sangat sensitif dan jenis yang menyimpan dalam.
10 – Kehidupan itu adalah…
Just enjoy your life. Jangan lupa tuhan dan jangan sampai melampaui batas.
Saya mahu kulit yang tanpa cela. Itu #skingoals saya, kulit yang kurang berminyak.”
Produk saranan kami untuk jenis kulit berminyak SEPERTI OMAR
- Sephora Collection Micellar Milk in Rose
- Philosophy Hope In a Jar (versi gel)
- First Aid Beauty Hello Fab Ginger & Tumeric Vitamic C Jelly Mask
- Estee Lauder Advance Night Repair
Produk boleh didapati di Sephora
Apa pandangan anda?