Posted on January 20, 2018
Gambar: Chuan Looi/Yipieyaya Studio Solekan & Rambut: Fendi Sani Pakaian: COS Arahan Seni: Merrissa Emilda Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani Video: Ryan Mohamad & Ashura Hakim
SARAH LEE, 31 – Eksekutif pemasaran
1- Pertama, kongsikan segalanya tentang kamu.
Hi! Nama saya Sarah Lee, saya berumur 31 tahun dan saya berkerja di Sydney Australia sebagai Eksekutif Pemasaran. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Zara.
2- Saya lihat profil Instagram kamu di mana kamu tulis tentang ‘gaya hidup dan pengembaraan”. Kamu suka mengembara?
Ya, saya sememangnya gemar mengembara. Antara negara yang pernah saya kunjungi adalah ke Paris, Hong Kong, Filipina, Pulau Boracay iaitu lokasi perkahwinan saya. Selain itu, saya juga pernah mengembara ke Sepanyol dan banyak lagi.
3- Adakah ia seperti satu aktiviti wajib kamu bersama keluarga setiap tahun?
Setiap tahun boleh saya katakan kami akan mengembara dua hingga ke tiga kali. Seperti tahun lalu, kami berkunjung ke Bali dan Hawaii.
4- Boleh kamu kongsikan percutian dan pengembaraan paling manis kamu pernah sertai?
Sememangnya Pulau Boracay yang menjadi saksi kepada ikatan perkahwinan saya dan suami. Ia memberi 1001 memori manis yang tidak dapat saya lupakan. Well, Hawaii is fun too, namun memandangkan saya menetap di Sydney yang berdekatan Gold Coast, bagi saya Hawaii dan Gold Coast tiada banyak beza. Ya, saya sangat sukakan percutian pantai!
5- Sudah berapa lama kamu menetap di Sydney?
Sudah hampir lima tahun. Ini saya pulang ke Malaysia kerana cuti perayaan Krismas, rasa seronok dapat pulang bertemu keluarga dan sanak-saudara. Dan kami pulang ini juga untuk membawa anak beraya di sini. Ini kali kedua anak saya pulang ke Malaysia.
6- Mengapa kamu memilih Sydney sebagai tempat kamu membina keluarga?
Saya pernah melanjutkan pelajaran di Gold Coast. Dan pada ketika itu, saya memiliki pilihan sama ada untuk meneruskan pembelajaran di Melbourne ataupun di Sydney. Saya lebih gemarkan cuaca Sydney, kerana bagi saya cuaca di Melbourne agak erotik sedikit. Haha. Di Sydney, everyday sunshine! Lagi pula, suami saya juga berasal dari Sydney walaupun berdarah Filipina. Kami punya rancangan untuk kembali ke Malaysia, namun bukan dalam masa terdekat. Mungkin suatu hari nanti…
7- 5 perkara tentang kamu yang perlu kami tahu…
Pertama kamu perlu tahu tentang saya adalah saya seorang yang kuat makan. Perlu sentiasa makan, nasi putih pun boleh. Jika tidak, saya akan jadi cepat panas baran haha. Yang kedua, saya seorang yang sukakan aktiviti luar. Saya jenis kuat bersukan. Jadi, sukan seperti bola keranjang, futsal dan kadang-kala memancing adalah aktiviti kegemaran saya.
Seterusnya, saya seorang yang sukakan gajet dan teknologi, mungkin kerana itu saya berkerja di dalam industri ini. Keempat tentang saya yang perlu kamu tahu ialah, saya sangat suka tidur haha. Terakhir sekali, I love Malaysia, walau saya menetap di luar negara, saya tetap bangga digelar anak Malaysia.
8- Pendapat kamu tentang isu perkauman sekarang yang melanda dunia?
Secara umumnya, saya sememangnya sedih sekali melihat tentang isu sebegini menimpa masyarakat di seluruh dunia. Dan perkara seperti ini, kita tidak boleh pandang dengan hanya sebelah mata. Semua harus sama-sama menegakkan serta berdiri untuk mereka yang ditimpa isu ini. Bagi saya, penyampaian mesej itu penting. Kita semua manusia, sama sahaja. Ia amat menyedihkan namun saya percaya kita mampu mengubahnya.
9- Boleh kamu kongsikan bersama kami rutin asas penjagaan wajah kamu?
Saya mesti ada pencuci wajah yang bagus. Bukan senang hendak mencari pencuci yang sesuai dengan kulit wajah kita. Percayalah, saya sudah mencuba pelbagai jenis dan akhirnya saya jumpa yang terbaik untuk kulit wajah saya. Selain itu, pelembap wajah juga memainkan peranan penting. Saya juga memakai pelindung sinar UV serta tidak pernah lupa untuk menyapu krim mata.
10- Satu peraturan penjagaan wajah yang kamu pegang teguh sehingga ke hari ini?
Pastikan wajah dicuci sebelum tidur. Walaupun penat sekalipun, saya harus pastikan wajah saya bersih dan bebas kotoran. Kalau tidak, apabila bangun di sebelah pagi, saya akan menyesal.
#skingoals saya semestinya untuk tidak tidak sebarang breakout di wajah. Itu gol nombor satu saya. Jadi, untuk elakkan mimpi buruk ini, saya akan pastikan minum air dengan banyak!
PRODUK SARANAN KAMI UNTUK JENIS KULIT sensitif SEPERTI sarah lee
- Fresh Soy Cleanser
- Caudalie Vinosource SOS Thirst Quench Serum
- First Aid Beauty HelloFab Coco Water Cream
- Dr Jart+ Mask Water Jet Vital Hydra Solution
Produk boleh didapati di Sephora
Apa pandangan anda?