Posted on January 11, 2020
Sitting Editor: Ardi Idewani
Pakaian: UNIQLO
Gambar: Edmund Lee
Solekan: Emmy Agung
Rambut: Fendi Sani
Arahan Seni: Merrissa Emilda
Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani
Video: Jordi Harris, Zaidi Che & Ashura Hakim
AZWAN M. ALI – UI/UX LEAD
1. Siapakah di sebalik nama Azwan M. Ali dan apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Hai, nama saya Azwan M. Ali. Saya hanyalah seorang lelaki biasa yang bekerja sebagai UI/UX Lead di sebuah Digital Agency di KL. Kadang kala saya akan menjadi fasilitator atau mentor dalam acara berkaitan UI/UX atau keusahawanan, penggambaran gambar atau video untuk tv komersial, dan akhir sekali powerlifting di gim.
2. Apakah kelebihan menjadi seorang UI/UX Designer?
Saya dapat menaik tarafkan pengalaman penggunaan sesebuah produk (contohnya, mobile app, website, ataupun bisnes) dengan menggunakan skil dan teknik yang betul dalam mengetahui apa yang pengguna inginkan semasa mereka menggunakan produk itu.
3. Selain daripada pereka, apakah bidang lain yang mahu diceburi? Mengapa?
Bidang lain yang saya mahu ceburi sejak graduasi ialah Theoretical Physics. Saya seorang pelajar bidang Fizik tetapi saya mengambil keputusan untuk menceburi dunia pereka untuk sementara waktu hanya untuk meneroka dan mempelajari bidang baharu. Walaubagaimanapun, saya juga berhati terbuka untuk menceburi mana-mana bidang kerana saya memang suka mempelajari benda baharu.
4. Pencapaian terbesar sepanjang hidup
Buat masa ini, saya tidak rasa saya sudah mencapai apa-apa yang boleh dikatakan terbesar dalam hidup kerana semua pencapaian saya setakat ini memang besar dan bererti buat saya.
5. Siapakah Azwan M. Ali 10 tahun ke hadapan?
Seorang Particle Physicist yang bekerja di CERN, Geneva.
6. Apakah yang kamu mahu capai pada 2020 ini?
Banyak yang saya mahu capai, antaranya mula mencari pendapatan dari pelbagai sumber seperti pelaburan stok dan bisnes. Kedua, mempelajari sekurang-kurangnya satu skil baharu (contohnya, wakeboarding) setiap bulan. Seterusnya, mengangkat sekurang-kurangnya 200kg untuk deadlift, 100kg untuk bench press dan 160kg untuk squad.
7. Apakah keistimewaan kamu yang tidak ada pada orang lain?
Saya boleh tidur di mana-mana dan pada bila-bila masa. Saya tidak takut akan kegagalan. It’s either you win or you learn. Dan saya boleh mengangkat barang-barang dari kereta ke dalam rumah that is worth three trips in one go (good for grocery shopping with moms *wink*)
8. Dunia semakin parah dengan pencemaran, apakah sumbangan kamu terhadap alam sekitar?
Saya tidak lagi mengambil straw dari mana-mana restoran untuk mengurangkan penggunaan straw plastik.
9. Bagaimana cara Azwan melepaskan tekanan?
Saya akan tidur. Lepas bangun tidur nescaya hidup akan lebih ceria.
10. Apakah trik silap mata yang kamu gemar persembahkan kepada orang ramai? Mengapa?
Selalunya saya akan persembahkan trik kad, kerana trik kad sangat mudah untuk dipelajari dan juga kerana saya pengumpul kad, terutamanya daripada jenama Bicycle dan Theory11.
Apa pandangan anda?