Posted on October 22, 2023
Sky Iskandar, 28 – Model, Pencipta Kandungan, Pelukis & Pelakon
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Hi, nama saya Sky Iskandar. Saya berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Saya seorang model, pelukis dan pelakon. Saya juga meminati aktiviti sukan seperti Muay Thai, boxing, skateboarding dan surfing.
2 – Kongsikan isi kandungan yang kamu tonjolkan melalui media sosial kamu?
Saya banyak berkongsi mengenai kerja, lukisan dan hasil fotografi kerana saya juga meminati seni fotografi.
3 – Sudah berapa lama kamu aktif sebagai seorang model dan apakah kenangan paling manis kamu setakat ini?
Secara keseluruhan saya sudah memulakan kerjaya sebagai seorang model selama tiga tahun. Namun, saya benar-benar aktif sejak tahun 2022. Kenangan paling manis pula, pada saya adalah kebebasan yang saya dapat melalui kerjaya ini. Kebebasan untuk menjadi satu karakter lain setiap kali saya menjalani pengambaran yang berbeza.
4 – Apakah satu kualiti yang patut ada pada seorang model menurut kamu?
Seorang model kena ada disiplin. Contohnya, tepati masa, hormat orang yang bekerja dengan kita terutamanya klien. Juga, jangan besarkan hal yang remeh. Kalau ada isu baju kecik atau sebagainya, jangan jadikan ia satu isu yang boleh buat orang kurang senang dengan kita. Pada saya, perkara seperti itu adalah disiplin.
5 – Kongsikan dengan lebih lanjut mengenai minat kamu untuk melukis?
Saya mula melukis sejak empat tahun lalu. Melalui lukisan saya dapat mengekspresikan perkara yang tak mampu saya luah menggunakan perkataan. Biasanya, hasil lukisan akan saya pamerkan kepada mereka yang berminat dan dibuka untuk jualan. Setakat ini, Alhamdulillah banyak juga yang sudah terjual.
6 – Ceritakan mengenai satu lukisan yang paling kamu ingati?
Saya namakan lukisan ini sebagai ‘Time and Faces’, apa yang saya cuba sampaikan melalui lukisan tersebut adalah dalam hidup ini kita akan melalui banyak fasa, masa-masa yang berbeza dan bertemu dengan banyak muka. Sebab itu, ia dinamakan ‘Time and Faces’. Lukisan itu sudah dijual dan kini berada di sebuah kafe di Permaisuri.
Soalan bonus mengenai pandangan pencipta kandungan tentang lasik
Sebagai pencipta kandungan, pastinya mereka menghabiskan banyak masa menggunakan alat peranti komunikasi dan sering terdedah kepada sinaran blue ray. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk bertanya akan pandangan mereka tentang lasik dan kaca mata.
“Pada saya lasik sangat berbaloi untuk dilakukan, terutama sekali buat mereka yang gemarkan aktiviti sukan sebab bersuka dengan menggunakan kaca mata adalah agak mencabar ” – Sky Iskandar
Presented by @optimax_eye_specialist @bspacemy
Poducer : Max Mak @_maxmak_
Assistant Producer: Noelle @bymaxmak
Sitting Editor : Merrissa Emilda @merrissae
Art direction : Ardi @rd.idewani.zaini
Writer : Syafiqah Alkaf @syafiqahalkaf
Project Manager : Ija Rahman @rahman1j4
Photographer : Edmund Lee @edmundlcy
Assistant Photographer : Zane
Videographer : Simon Tan @jbombxox
BTS Videographer : Jordi @jordiharris
Assistant Co-ordinate : Keat @bymaxmak | Nicky @bymaxmak
Makeup : Celin Chin @celinchin55 | Yuan @boonglyguan Hair : Mei Choi @meichoi | Jack Leong @ujack_leong
Baju : Y-3. Sweater : Ambush. Seluar : Ader Error semua dari @bspacemy
Lokasi : Rumah Tangsi @rumahtangsi
Apa pandangan anda?