Posted on February 12, 2017
CHA CHA MAEMBONG, 20 – PELAKON
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Buat masa ini, Cha Cha sedang sibuk mempromosikan filem terbaru bertajuk “I’m Not A Terrorist” yang bakal ditayangkan tahun ini. Cha Cha juga sedang sibuk penggambaran telefilem dan drama serta fokus dengan aktiviti perniagaan keluarga.
2 – Ceritakan bagaimana kamu menceburi industri lakonan di Malaysia?
Cha Cha lahir dalam keluarga seni. Kakak-kakak saya menjadi pelakon filem, pelakon teater dan ayah pula seorang pelukis.
Mula-mula sekali Cha Cha melihat kakak, Ya Ya Maembong berlakon teater. Cha Cha sudah jatuh cinta pada bidang lakonan ini. Setiap kali Kak Ya Ya pergi berlakon teater, Cha Cha akan ikut. Kak Ya Ya pun selalu menggalakkan Cha Cha berlakon. Cha Cha tanam minat berlakon sejak daripada itu. Cha Cha memang minat hiburkan orang.
3 – Filem/drama pertama lakonan kamu?
Drama pertama Cha Cha adalah “Anak Bertuah” pada 2014.
4 – Perkara yang membuatkan kamu menerima sesebuah watak?
Apabila mendapat tawaran berlakon, Cha Cha akan baca terlebih dahulu skrip yang diberikan sebelum bersetuju melakonkannya. Kalau Cha Cha suka, Cha Cha akan bawakan watak itu seperti diri Cha Cha sendiri. Cha Cha menjiwai dan bersatu dengan watak tersebut.
5 – Watak paling sukar pernah dilakonkan, dan kenapa?
Filem yang terbaru ini, “I’m Not A Terrorist”. Cha Cha berlakon sebagai Dayana. Ia filem aksi. Dalam filem ini Cha Cha diculik sekumpulan pengganas ketika melancong ke Kashmir.
Melakonkan watak sebagai Dayana yang didera, dipukul dan dipaksa menjadi pengganas bagi Cha Cha adalah watak yang paling sukar sekali yang pernah Cha Cha lakonkan.
6 – Watak paling senang yang pernah dilakonkan, dan kenapa?
“The House”. Mungkin kerana Cha Cha berlakon bersama kakak, Emma Maembong. Dalam tu pun Cha Cha jadi adik dia. Memang senang lah…I can be myself (ketawa).
7 – Watak impian kamu?
I love action movies! Yang melibatkan banyak aksi dan perlawanan. Watak Dayana dalam filem “I’m Not A Terrorist” ini yang paling dekat dengan watak impian Cha Cha.
8 – Cabaran terbesar bidang lakonan setakat ini?
Membuat penonton berasa puas hati dengan lakonan Cha Cha. Setiap kali berlakon, Cha Cha akan terfikirkan perkara ini. Apakah semua orang boleh menerima lakonan Cha Cha? Am I good enough? Cha Cha memang serius kalau bab lakonan kerana bagi Cha Cha bidang lakonan adalah bidang yang amat Cha Cha minati.
9 – Namakan pengarah kesukaan kamu, dan kenapa?
Abang Rusdi Ramli. Dia suka bagi tunjuk ajar pada Cha Cha. Memberi Cha Cha pengetahuan tentang bidang lakonan sejak mula Cha Cha berlakon lagi. Dia sangat bagus dan supportive.
10 – Harapan dan sasaran bidang lakonan kamu untuk tahun 2017.
Saya tak sasarkan sebarang anugerah, cukup sekadar PENONTON KENAL DAN IKTIRAF BAKAT LAKONAN SEORANG CHA CHA MAEMBONG. Cha Cha masih baru dan bertatih dalam bidang lakonan ini.
Cha Cha mahu kalau melakonkan watak jahat, penonton akan berkata Cha Cha memang jahat. Kalau watak baik, penonton akan berkata Cha Cha baik. Cha Cha harap LAKONAN CHA CHA DITERIMA PEMINAT.
Apa pandangan anda?