Posted on February 10, 2017
Gambar: Chee Wei/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che Solekan: Fendi Sani Pakaian: COS Sitting editor: Azreezal Hafidz
ZAIN AZLAN, 28 – DOKTOR
1 – Pertama, terangkan segalanya tenatng diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Nama saya Zain Azlan, berasal dari Kuala Lumpur. Anak sulung daripada tiga adik beradik. Saat ini bekerja sebagai seorang doktor am. Suatu masa nanti, bakal bergelar pakar kardiologi.
2 – Bagaimana kehidupan seorang doktor?
Life as a doctor is very hectic. Namun kehidupan bergelar seorang doktor juga boleh jadi agak menarik. Kamu jumpa ramai orang dan pelbagai ragam. Paling mengesankan, tika kamu ikut menjadi sebahagian “perubahan” dalam perjalanan hidup seseorang.
3 – Seorang doktor selalu memikirkan perkara-perkara seperti?
Minat mendalam dalam bidang kedoktoran ini. Dan bilakah masanya saya dapat tidur, setiap kali on call (ketawa). Ketika bertugas, saya selalu memikirkan tentang pesakit-pesakit saya. Kadang-kadang sampai saya tak sedar yang saya terlebih kerja.
4 – Katakan jika seseorang/pesakit datang kepada kamu mengadu mahu menamatkan riwayat, apa tindakan kamu (sebagai seorang doktor)?
Pertamanya, kita harus memahami dari sudut pandang dia. Ketahui dan selami lebih dalam. Sit down and slow talk with him/her. Cari dan gali sebab utama kenapa dia mahu membunuh diri. Bongkar faktor dan punca.
Apakah kerana faktor keluarga? Perhubungan? Atau boleh jadi kerana faktor dirinya sendiri. Boleh jadi dia tidak bahagia. Boleh jadi dia tidak gembira dengan diri dan kehidupannya.
5 – Saya melihat banyak gambar kembara di laman Instagram ( @zain_azlan ) kamu, boleh kongsi negara-negara yang pernah kamu lawati? Dan apakah kamu juga melihat diri kamu sebagai seorang pengembara, selain doktor?
Ya, saya seorang doktor dan juga pengembara. Matlamat kembara saya adalah mahu mengembara ke sebanyak mana negara yang boleh saya jejakkan kaki.
Saya sudah melewati banyak negara. Antaranya Amerika Syarikat, England, Belanda, Sepanyol, Australia, New Zealand dan beberapa negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia. Banyak lagi dan saya bercadang mahu mengembara tiap dua atau tiga bulan setahun.
6 – Lokasi atau negara paling menarik dan menangkap perhatian kamu?
Turki. Sehingga membuat saya mahu mengunjunginya lagi. Bagi saya Turki sebuah negara yang sangat cantik. Budaya berbeza-beza, makanan yang aneka. Orang-orangnya juga hangat dan sangat baik hati.
7 – Perkara yang kamu suka tentang kembara? Perkara-perkara manfaat yang boleh dikongsi bersama?
Kembara membuka pandangan luas tentang kehidupan. Mempelajari budaya orang sambil menghargai budaya sendiri. Pengalaman merasa dan bersatu dengan budaya mereka. Memahami tatakrama, idelogi dan pegangan masyarakat. Melihat sendiri bagaimana mereka bercanda dan menjalani kehidupan.
8 – Perkara yang kamu pelajari tentang diri kamu sepanjang sesi kembara itu?
Ada sahaja negara yang pernah saya lawati sangat daif dari sudut kehidupan. Kadang-kala tak tersangka begitu sekali mereka terpaksa menjalani. Ia benar mengajar saya perasaan merendah diri.
TERBIT RASA SYUKUR PADA NEGARA DAN KEHIDUPAN SAYA.
9 – Berbalik pada soalan sebelumnya, nasihat doktor kepada mereka yang sudah berputus asa untuk meneruskan kehidupan?
Talk to someone. Tak kira sama ada keluaga, rakan-rakan kamu, pasangan kamu, guru mahupun hanya kenalan. Kamu harus bercakap bersama mereka. Itulah jalan terbaik.
Saya akan beri nasihat. Menghulurkan bantuan profesional kepadanya. Bawa dia berjumpa pakar psikiatri. Buat dia berhenti niat mencederakan diri. Bertanya apa yang boleh membuat dia GEMBIRA?
10 – GEMBIRA pada kamu?
GEMBIRA ITU MERASA PUAS DENGAN DIRI SENDIRI.
Rasa bersyukur dengan apa sahaja yang dimiliki. Hidup tanpa merasa sedikit pun peduli tentang pandangan jahat orang-orang terhadap kamu, yang menjalani kehidupan seperti mahunya kamu.
Apa pandangan anda?