Posted on December 11, 2019
Lagi co-working space dibuka untuk syarikat dan pekerja yang memerlukan ruang pejabat. Kali ini bertempat di Regus Menara Axis Petaling Jaya. Menarik lagi, Regus membuka tempoh percubaan selama seminggu bermula 16 Disember 2019 sehingga 5 Januari 2020 ini sempena pembukaan ruang pejabat ini. Lagi mengujakan, tawaran ini terbuka di 34 lokasi di dalam negara dan 3,000 lokasi Regus di seluruh dunia! Jangan lupa untuk mencuba bagaimana dan apa yang ditawarkan bekerja di Regus.
Tawaran Sempena Cuti Sekolah & Perayaan
Dalam usaha untuk melancarkan kehuru-haraan semasa kamu melancong dan membawa keluarga bersama-sama musim perayaan ini, Regus menggalakkan tenaga kerja bekerja dengan lebih baik di Regus antara 16 Disember 2019 dan 5 Januari 2020.
“Dengan rangkaian ruang pejabat terbesar di dunia, kami fikir kami cuba membuka peluang kepada pekerja di co-working space ini secara percuma. Harapan kami ialah untuk pekerja yang mempunyai komitmen kerja semasa melancong tidak mengabaikan kerja mereka dalam waktu yang fleksibel dan tidak tergesa-gesa menikmati cuti bersama keluarga.” Vijayakumar Tangarasan, Ketua IWG Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Mengenai Tawaran
Sepanjang tempoh percubaan, pekerja akan dapat menikmati akses percuma ke Regus yang mengambil bahagian, bergantung kepada kekosongan tempat. Untuk menempah tempoh percubaan percuma selama seminggu di Regus, sila hubungi +603 9212 1725.
Kamu boleh semak senarai lokasi Regus boleh didapati di https://www.regus.com.my/.
Apa pandangan anda?