Posted on August 19, 2020
Siapa sini gemar memulakan harinya dengan secangkir kopi? Buat pencinta kopi sejati, kafein bukanlah punca utama mereka obses dengan minuman ini. Akan tetapi, sebenarnya kelazatan kopi yang dibancuh menerusi pilihan bijian premium menjadi taruhan mood penggemarnya dalam memulakan hari-hari mereka. Dan Nespresso, jenama juga maestro kopi yang tidak asing lagi ini kini tampil dengan sesuatu yang baru. Resipi kopi ais terbaru Nespresso, Barista Creations For Ice ini mengambil masa lima tahun untuk dicipta melalui inspirasi resipi unggul dari seluruh dunia ini.
Saya penggemar kopi ais, dan Nespresso sendiri memastikan resipi kopi aisnya menepati selera setiap penggemar kopi seperti saya. Bukan mudah untuk menjumpai kopi yang sedap dipadu bersama ais. Dihasilkan secara khusus dan terperinci supaya kopinya dapat bertemu dengan padanan paling sesuai lalu mencapai selera dan citarasa saat dituangkan ke atas ais. Lebih-lebih lagi, buat penggemarnya yang mahu membuat kopi ais di dalam suasana selesa di rumah sendiri tanpa perlu keluar rumah di saat-saat ini.
Rangkaian Barista Creations For Ice ini terdiri daripada dua kombinasi khas untuk kamu pilih. Dua kombinasi tersebut ialah Freddo Delicato dan Freddo Intenso.
Barista Creations Freddo Delicato diiringi dengan nota buah-buahan daripada kopi Kenya berserta kombinasi kopi Jawa Indonesia. Kopi yang dipanggang ringan ini dihasilkan khas untuk memberikan kesegaran di dalam resipi kopi kamu. Sesuai buat kamu yang mahukan kopi yang manis, ringan dan menyegarkan.
Manakala buat kamu yang mahukan rasa kopi yang lebih pekat dan tegang, cuba kopi Barista Creations Freddo Intenso. Paduan biji kopi Arabika Amerika Selatan dan Arabika Indonesia. Apabila dituang ke atas ais, rasa kopi ini serta-merta berubah menjadi lebih kuat dan memiliki rasa pekat mendalam.
Bukan itu sahaja, bagi menambah rasa unik kopi ais kamu, Nespresso turut bekerjasama bersama jenama sirap berperisa gourmet, Monin. Mereka mewarkan satu set sirap mini edisi terhad dalam tiga jenis perisa. Kamu boleh mencuba paduan karamel masin, pic putih ataupun anggur hitam untuk menambah perisa pada kopi kamu itu.
Berita gembira buat Ahli Kelab Nespresso! Buat kamu yang membeli 120 kapsul termasuk rangkaian Barista Creations for Ice, kamu bakal menerima kit sirap mini Monin serta set edisi terhad pelapik minuman Second Life. Buat kamu yang tidak tahu tentang keistimewaan pelapik minuman ini, ia dicipta menerusi 45 kapsul Nespresso yang telah dikitar semula.
Manakala buat kamu Ahli Kelab yang membeli 150 kapsul Nespresso termasuk rangkaian Barista Creations for Ice ini pula akan menerima Kit Ais VIEW, yang mana mengandungi dua gelas Resipi VIEW, dua sudu resipi VIEW dan satu acuan kiub ais BLUE.
Barista Creations For Ice ini boleh didapati di butik Nespresso The Gardens dan One Utama serta di laman rasmi Nespreso mulai 27 Julai 2020. Setiap satu sarung dijual pada harga RM27. Untuk maklumat lanjut serta resipi kopi ais Nespresso, bolehlah kunjungi laman web rasmi Nespresso atau hubungi talian khidmat pelanggan mereka di 1-800-80-7001.
Apa pandangan anda?