Posted on January 1, 2020
Selamat Tahun Baharu 2020! Mesti ramai yang masih bercuti dan esok pula mula dengan kesibukan anak bersekolah. Tenang, tahun baharu ini harus lebih bertenang walaupun banyak perkara yang harus dilangsaikan serentak. Semasa di rumah, pasangkan lilin untuk memberikan aroma tahun baharu yang menarik di segenap ruang. Saya senaraikan 5 lilin rumah 2020 yang boleh menyahkan tekanan kamu.
1. Diptyque Baies
Nikmati aroma mawar segar yang lebih lama daripada sejambak yang hanya berkekalan beberapa hari. Hadir dengan sumbu kain, lilin ini akan membakar dengan lebih menyeluruh.
2. Lilin+Co
Saya gemar haruman Neroli & Ylang Ylang dan Lychee & Black Tea. Lilin jenama tempatan ini menggunakan sumbu kayu yang unik. Ia membuatkan kita ingat dengan signature jenama selain logo yang minimalis. Lilin+Co juga hadir dalam pakej 3 lilin dalam satu harga.
3. Votivo Red Currant Aromatic Candle
Kamu akan dikejutkan sehingga 60 jam aroma peluh fabulous. Wangian buah-buahan ini turut dicampurkan penuh unik bersama tart red currants dan vanilla yang lembut.
4. Benevolence LA Scented Aromatherapy
Tidak ada yang dapat menenangkan sekarang ini seperti lilin soya. Sama ada kamu mengalami insomnia atau hanya menikmati meditasi, lilin soya diketahui menenangkan saraf dan melegakan tekanan. Harus beli lilin soya bermula sekarang!
5. Wax & Wick Soy
Pewangi ini juga menggunakan sumbu kayu untuk cahaya terang dan nyaman sama seperti Lilin+Co. Uniknya, lilin ini menggunakan 100 peratus bahan daripada soya. Ia terbakar secara perlahan, tanpa pewarna atau toksin.
Apa pandangan anda?