Posted on February 22, 2021
Saya mencuba selama dua minggu sebelum menulis Samsung Galaxy Buds Pro review ini. Menggunakan untuk aktiviti walking dan berbual dengan teman, ini yang boleh saya ceritakan tentangnya.
Tentunya sesuatu yang paling membuat saya teruja tentang Galaxy Buds Pro ialah fungi Active Noise Cancelling (ANC) nya. Kerana ketika mendengar muzik atau berbual dengan teman, saya tidak suka kalau terganggu dengan bunyi-bunyi luar malah jika ada angin yang berhembus – ini akan mengacau tumpuan pendengaran saya. Saya berani mengatakan bahawa Galaxy Buds Pro sememangnya membuktikan janjinya bahawa fon telinga ini benar-benar menghalang sebarang bunyi luar.
Saya banyak menggunakan fon telinga ini untuk aktiviti berjalan. Hampir setiap pagi. Saya boleh larut dalam muzik yang saya pilih atau jika hanya mendengar podcast sahaja. Tiada bunyi luar yang kedengaran kecuali kalau kereta membunyikan hon mereka. Itupun tidak sekuat bunyi normal. Jadi bagi saya, ini sememangnya ciri paling penting bagi Galaxy Buds Pro. Sememangnya kamu boleh berpegang pada kata-kata Samsung yang membanggakan fungsi ANC ini.
Ia juga kerana rekaannya…
Fungsi ANC ini juga dikukuhkan lagi dengan rekaan fon telinga ini. Bentuk bulat dengan rintangan bunyi luar minimal membuatkan fon telinga ini memiliki kualiti bunyi optima manakala rekaan ergonomiknya pula membuatkan saya selesa memakainya untuk jangka masa lama. Bentuk bulat Galaxy Buds Pro menghalang bunyi angin daripada mengganggu bunyi fon telinga kerana tiada lubang angin langsung jika kamu memakainya.
Ada juga Galaxy Buds Pro review yang saya baca sebelum menguji sendiri mengatakan tidak selesa memakai fon telinga ini terutamanya ketika hendak tidur kerana bentuknya sedikit bulky. Tetapi saya tidak punya masalah itu. Mungkin juga kerana bentuk telinga saya, fon telinga ini muat elok dengan telinga saya dan tidak sedikit pun saya merasa tidak selesa memakainya.
Kami mengambil kita struktur luaran dan dalaman Galaxy Buds Pro bagi memastikan ia memberi kualiti bunyi terbaik, bekerjasama dengan bahagian kejuruteraan untuk memberi pengalaman pengguna yang maksimum dalam bentuk paling kecil – Team Rekaan Galaxy Buds Pro
Ia juga menangkap bunyi dengan baik. Kerana itu juga sesuai gaya hidup hari ini, Samsung memastikan teknologi menangkap bunyi fon telinga ini sehebat teknologi bunyinya. Maka ia bagus untuk tujuan berbual di telefon malah untuk merakam nyanyian atau rakaman video juga ia memberi kualiti yang baik.
Fungsinya juga user friendly…
Amat mudah menggunakan fon telinga ini kerana semuanya hanya menggunakan sentuhan pada permukaan badan luarnya. Satu tap untuk menjawab atau mengakhiri panggilan telefon selain Play/ Pause muzik yang didengar. Dua tap untuk Forward lagu yang didengar. Tiga tap untuk Rewind lagu. Tap lama untuk mengaktif/ menyahaktifkan ANC.
Aduh mudah sungguhlah menggunakan Galaxy Buds Pro. Segalanya senang dan kualitinya pula amat bagus. Kamu juga boleh muat turun aplikasi Galaxy Buds Pro Plugin untuk mengoptimumkan penggunaan fon telinga ini atau tidak perlu pun tidak mengapa kerana ia masih akan berfungsi dengan baik.
Untuk jangka hayat baterinya pula ia boleh digunakan sehingga lima jam sekali caj dengan penggunaan ANC (lapan jam tanpa ANC). Bekas cajnya pula menambah sehingga 13 jam jangka hayat bateri (20 jam tanpa ANC).
Nah apa lagi jika ingin membeli Galaxy Buds Pro lawati Samsung. Baca juga tentang Samsung Galaxy S21, telefon pintar terbaru yang keluar seiringan dengan Galaxy Buds Pro.
Apa pandangan anda?