Posted on March 17, 2021
Honda Civic 2021 bakal dilancarkan di Filipina, apakah Malaysia pasaran seterusnya yang akan menerima kedatangan versi 2021 ini?
Kira-kira empat bulan setelah Honda Civic 2021 serba baru membuat debut global di platform streaming video Twitch, ada laporan mengatakan bahawa ia akan dilancarkan di Filipina tahun ini.
Apa yang menarik pasal Honda Civic baru ni?
Presiden Honda Cars Philippines, Inc. (HCPI) Masahiko Nakamura mengesahkan laporan tersebut dalam wawancara dengan media Filipina.
Namun Masahiko tidak mendedahkan sebarang garis masa, tetapi laporan Auto Industriya mengatakan ia mungkin akan tiba pada suku tahun ke-2 2021, termasuklah Honda City Hatchback.
Spesifikasi Honda Civic generasi ke-11 masih lagi menjadi tanda tanya, jadi apa yang kamu boleh lihat ialah rekaan eksterior anggun yang selari dengan bahasa rekaan Honda terkini.
Rekaan anggun ini juga ada pada interior yang nampak agak minimalis. Selain itu, Honda Civic baru ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing yang telah dinaik taraf.
Tiada sebarang info tentang trenkuasa, tetapi terdapat kemungkinan bahawa enjin 1.8 liter 4 silinder aspirasi natural dan 1.5 liter 4 silinder bercas turbo dari Civic terkini akan dikekalkan, tetapi diberi naik taraf agar lebih efisyen.
Bila nak masuk Malaysia?
Honda Civic serba baru ini kerap kali dilihat di Thailand dalam pandu uji. Adakah ini bermakna ia akan dilancarkan di Malaysia secepat mungkin?
Kami cadangkan supaya kamu mengurangkan tahap jangkaan tentang model ini kerana Honda Malaysia perlu mengambil kira sumber tempatan dan pemasangan (CKD). Masa yang diperlukan adalah antara sembilan bulan hingga satu tahun setelah debut antarabangsa.
Ini bermakna ia mungkin akan dilancarkan pada akhir 2021, tetapi rasanya awal 2022 lebih masuk akal.
Buat masa ini, Honda Civic generasi ke-10 (FC) masih lagi gah menyusur di jalan raya kita. Maklumlah, ramai peminat lambang “H”. Kamu boleh baca rebiu kami di sini, dan juga lihat video rebiu di bawah.
Untuk lebih banyak artikel sebegini lawati Wapcar
Apa pandangan anda?