Posted on November 13, 2019
Instagram ini cukup ringkas, ia mencipta visual dan memberikan impak emosi jika sekeping gambar maya dapat dihasilkan dengan baik. Ia juga cara terbaik untuk temui lokasi baharu di dunia. Dengan melihat di mana lokasi-lokasi menarik dan mungkin bukan kebiasaan orang-orang kita pergi melancong, ayuh lihat beberapa yang saya berjaya temukan untuk tatapan kalian menerusi 6 Instagram percutian terbaik 2019.
Dalam senarai kali ini saya cuba untuk meletakkan akaun Instagram yang mempunyai pengisian berguna, perkara-perkara menarik untuk dipelajari. Bukan akaun melancong sekadar menunjuk-nunjuk atau menukar latar belakang saja.
Mari jadikan inspirasi!
1. @youngadventuress
Liz adalah salah satu blog percutian kegemaran saya dan akaun Young Adventuress adalah lambang kejayaan dalam blog melancong dunia. Menarik lagi Liz seorang yang merendah diri dan tidak pretentious. She’s real guys! Galeri instagramnya mengetengahkan objek-objek kecil dari seluruh dunia dan kebanyakannya objek luar dari New Zealand.
https://www.instagram.com/p/B2aLEBIF66a/
2. @treyratcliff
Apa yang saya gemari mengenai Trey adalah, hasil tangkapan gambarnya dan dia tidak takut bermain dengan warna-warni. Malah, semuanya tentang warna! Kamu boleh stalk blog fotografinya yang diletakkan banyak gambar-gambar terbaik hasil tangkapannya.
https://www.instagram.com/p/B3kLjWXg7hh/
3. @danielkordan
Daniel jurugambar landskap yang mengambil gambar penuh keajaiban. Antara lokasi menarik yang berjaya memukau mata saya ialah di Jepun, Rusia dan Norway. Berani saya katakan ini adalah Instagram paling memberi inspirasi! Tentu 1.2 juta pengikutnya juga berasa begitu.
https://www.instagram.com/p/B1T2TejAehv/
4. @bueno_bnito_barat0_travelblog
Sarah melakukan penjelajahan dari sentral ke Amerika Selatan menaiki bas dan kini dia lebih fokus ke Eropah. Dalam blognya, dia banyak menggunakan bahasa Latin, tetapi gambar Instagramnya tiada bahasa dan berbicara sendiri melalui fahaman sesiapa yang melihatnya.
https://www.instagram.com/p/BAhe8tQLglo/
5. @migrationology
Mark Wiens melancong ke sana-sini dengan tujuan untuk makan. Melalui pengalamannya di Bangkok, dia mencantumkan edisi melancong dengan makanan lokal. Hasilnya penuh warna dan yummy pada karpet Instagram. Masalahnya kalau kamu lihat jalur masa Instagramnya membuatkan kamu lapar.
https://www.instagram.com/p/B3OTgZ8pYOt/
6. @paulodelvalle
Paulo berasal dari Brazil dan dia seorang fotografer, merangkap storyteller pada saya. Gambar-gambarnya menarik dan kebanyakannya landskap seperti kita mahu terjun ke mimpi-mimpi ajaibnya.
https://www.instagram.com/p/BztldL0nQKk/
Apa pandangan anda?