Posted on January 14, 2020
InstaMasyhur merujuk kepada insan-insan terkenal di sebalik Instagram yang menjaja gaya hidup yang boleh memberikan inspirasi kepada semua. Saya tidak merujuk kepada kebendaan, tetapi bagaimana orang-orang ini memotret diri mereka agar diikuti orang baik dari segi fesyen, kejayaan, barang-barang yang dimiliki mahupun kecantikan mereka. Ada beberapa nama yang sudah terkenal namun mungkin kamu lupa untuk mengikutinya. Jom follow sekarang!
InstaMasyhur Gaya Hidup Yang Harus Kamu Ikuti
Sara Sampaio
Peragawanita yang semakin laris. Antara kempen yang meminjam wajahnya ialah Armani Beauty, Victoria Secrets 2018 dan dia banyak membuat penampilan di Festival Filem Cannes, MET Gala dan banyak lagi.
https://www.instagram.com/p/BxwumL7gMgt/?utm_source=ig_embed
Martin Migschitz
Peragawan yang mengelilingi dunia dengan fizikal ‘abang sado’ yang juga InstaMasyhur dalam kategori fitness ini berjaya menambat hati penggemar dengan bentuk tubuh dan gambar-gambar fitness nya.
https://www.instagram.com/p/B7L_w7fB2dI/
Danial Hansen Idris
Pernah tersenarai di antara STAIL.MY Fresh Face 2019, Danial Hansen baru sahaja bergelar Mister Tourism World 2019 yang berlangsung di Malta. Mengapa harus mengikutinya? Danial selalu mengajak pengikutnya berbakti kepada alam dan memberi inspirasi kesihatan dalam rutin senamannya bersama ayahnya yang juga penggemar gim.
Marta Sierra
InstaMasyhur asal Barcelona ini banyak memberi pose-pose menarik, bagus untuk kamu yang buntu ‘mahu pose macam mana eh?’ Instagramnya berkenaan pelancongan, gambar-gambar yang berwarna kontra dan OOTD yang sangat stailish.
https://www.instagram.com/p/B4ruZG-Cw5D/
Adriana Lima
Lainnya wajah Adriana sekarang! Tapi bukan itu tumpuan saya. Selain masih menjadi banyak wajah muka hadapan majalah, Adriana banyak berkongsi kegemaran barunya iaitu sukan tinju. Jangan main-main dengan wanita perkasa ini.
https://www.instagram.com/p/BxxpnT3lwMa/
Vanelli Melli
Who is she? Dia mungkin bukan model terkenal atau pun selebriti. Namun gambar-gambarnya menawan hati. Tidak perlu mempertaruhkan harta benda. Namun dia memotret dirinya berdasarkan kehidupan seharian. Seni foto dan teknik suntingan cukup terinspirasi ala vintaj.
https://www.instagram.com/p/B4foofwophL/
Apa pandangan anda?