Posted on January 10, 2020
Kemungkinan saat kamu membaca artikel ini melalui telefon pintar atau skrin komputer sambil tubuh kamu melengkung. Adakah saya betul? Adakah kamu baru saja meluruskan sedikit tubuh kamu? Sebenarnya semua gajet kompak tidak bagus untuk postur kita. Apa yang kamu tidak tahu ialah postur yang buruk bukan sekadar masalah estetik, ia boleh membahayakan kesihatan kita pada masa akan datang. Ketahui bahagian manakah yang saya sasarkan untuk perbaiki semasa kamu melakukan aktiviti seharian? Baca lanjut di bawah.
6 Cara Memperbaiki Postur Tubuh Ke Posisi Yang Betul
1. Berdiri Tegak
Postur berdiri tegak yang saya maksudkan ialah pastikan berat badan kamu disokong oleh kedua-dua kaki kamu sambil lutut kamu dalam keadaan sedikit bengkok dan jarak kaki kamu sepertimana lebarnya bahu kamu. Berdiri sambil bahu ke belakang sedikit dan ‘sedut’ perut ke dalam dapat melegakan rongga belakang badan. Jangan lupa untuk bernafas.
2. Duduk Seperti Profesional
Duduk paling lama membuatkan kita banyak membengkokkan badan. Jika kamu belajar berdiri tegak, kamu harus belajar duduk dengan tegak juga. Perkara yang paling penting untuk diketahui. Apabila kamu duduk, kaki kamu harus rata di atas tanah. Harus ada jurang kecil di antara belakang lutut dan tempat duduk, dengan lutut kamu pada atau di bawah paras pinggul.
3. Jangan Silang Kaki
Lainlah jika kamu Miss Universe, kebiasaan ini akan meningkatkan tekanan pada otot dan sendi. Ada pakar menyatakan bahawa meletakkan kaki ke lantai dalam keadaan rata adalah cara ringkas dan terbaik mengekalkan postur badan.
4. Ikut Aturan 90 Darjah
Apa itu aturan 90 darjah? Apabila kamu duduk tegak bawah lutut kamu dan kedudukan perut dan peha dalam keadaan 90 darjah. Jika kerusi kamu agak rapuh pada skala sokongan, terdapat produk yang dapat membantu seperti bangku (tiada sokongan belakang) atau duduk di bola senaman, yang dapat menguatkan inti kamu serta memperbaiki postur kamu.
5. Betulkan Semula Posisi Tidur Kamu
Sudahlah tak boleh silang kaki, sekarang nak tukar posisi tidur kegemaran (terlungkup) pula? Ya, saya akan sarankan kamu untuk tukar demi kesihatan. Tidur terlungkup dikira tidur di atas perut dan ia adalah posisi paling tidak bagus kerana ia ‘meluruskan’ tulang belakang kamu daripada bentuk asalnya. Ia bakal membuatkan bawah badan kamu rasa sakit dan kamu susah untuk berdiri lama. Alih ke posisi baring mengiring ke kanan dan gunakan bantal untuk sokongan tambahan jika perlu. Ia juga sunah dalam Islam.
6. Bergerak Sebanyaknya
Tubuh kita direka untuk bergerak, dan pergerakan memainkan peranan penting dalam membolehkan ia berfungsi dengan baik. Penting untuk menyesuaikan kedudukan badan kamu seberapa kerap yang boleh. ‘Duduk’ di satu posisi yang terlalu lama boleh menyebabkan tekanan yang tidak perlu pada badan dan belakang kamu. Cuba letakkan penggera untuk mengingatkan diri kamu untuk bangun satu jam, berjalan pantas atau dan menjulur kaki kamu.
Apa pandangan anda?