Posted on November 8, 2019
Minggu lalu saya bersama rakan media lain merasai sendiri kecanggihan yang ada pada Samsung Galaxy Note 10I10+ di satu acara khas yang tak pernah dibuat oleh Samsung Malaysia. Bertempat di REXKL Petaling Street, STAIL sempat menerokai kehebatan telefon ini. Saya senaraikan 3 sebab Samsung Galaxy Note 10I10+ teman baik pengembara.
3 Sebab Samsung Galaxy Note 10I10+ Teman Baik Pengembara
1. Tangkap Setiap Memori Dalam Fotografi & Video
Tiada siapa yang mahu foto atau video yang rendah kualitinya. Galaxy Note10 + menggabungkan empat kamera, satu di bahagian depan (10 MP) dan tiga di bahagian belakang yang terdiri daripada 16 MP Ultra Wide-angle, 12 MP Wide-angle dan 12 MP telephoto yang memberikan pengguna sudut ultra-lebar. Ini akan membantu menangkap dengan pemandangan penuh semasa kamu melancong. Cuba lihat hasil yang ditangkap semasa bengkel di REXKL, Samsung mengupah penari beraksi laju dan kami hasilkan gambar daripada gerakan penari. Ternyata dapat menghasilkan gambar dan video yang cukup mengancam.
2. Rancang Perjalanan Kamu & Elakkan Hujan
Galaxy Note10 | 10+ mempunyai SPlanner dan Notes yang membuat perancangan perjalanan mudah. Ia menyegerakkan (synchronize) dengan lancar melalui Google Calendar untuk membolehkan kamu merancang jadual perjalanan dan kamu boleh memfailkan sebarang maklumat tambahan mengenai perjalanan kamu di Google Drive berasaskan cloud-based untuk memastikan kelengkapan kamu cukup semua.
Tidak ada yang suka keluar ke pantai pada hari hujan? Atau sememangnya kamu menantikan hujan sebenar untuk membuat penggambaran? Periksa dengan barometer Galaxy Note10 | 10 + dan kamu akan menjadi pengulas cuaca sendiri untuk membantu mengelakkan sebarang kekecewaan dan mengatur keadaa luar jangkaan kelak.
3. Penterjemah & Panduan Poket Peribadi
Jika kamu menyertai acara seperti Amazing Race atau ke destinasi pilihan kamu, semua yang perlu dilakukan adalah meneroka. Di negara asing yang tidak dikenali, mencari jalan di tempat yang menggunakan bahasa setempat mungkin menjadi halangan kepada kita. Tidak dengan Galaxy Note10 | 10+, yang mudah digunakan dengan aplikasi Google Maps dan Terjemahan Google. Telefon ini memandu kamu ke arah yang betul dan jika secara kebetulan kamu tersesat, bercakap kepada penduduk setempat tidak akan menjadi penghalang kerana ia menyokong 100 bahasa dan 37 bahasa melalui foto. Hebat kan!
Oppo A5 2020 Taruhan Baharu Jenama
Peminat Oppo pasti teruja dengan OPPO A5 2020 dalam 4GB RAM + 128GB versi ROM boleh dibeli mulai 4 November lalu. Harga runcit yang dijual ialah RM899, A5 2020 mengekalkan ciri-cirinya Kamera Quad 12MP yang merangkumi kamera 12MP Rear, lensa Wide Angle 8MP, kanta 2MP Mono dan kanta Potret 2MP, serta 4GB RAM + 128GB ROM dan bateri 5,000 mAh yang berkuasa sehingga 19 jam penggunaan.
Model ini boleh didapati di kedai Konsep OPPO, pengedar rasmi OPPO atau dalam talian di laman web rasmi OPPO, rakan kongsi e-dagang, Lazada atau Shopee; dan tidak lama lagi akan menjadi rakan kongsi telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U-Mobile.
Apa pandangan anda?