Posted on November 28, 2019
Dahulu dikenali dengan nama Dunkin’ Donuts, setelah membuat beberapa perubahan jenama agar lebih ringkas, panggil saja Dunkin’. Walaupun jenama ini cukup terkenal di sini dengan menunya. Jenama ini tidak betah duduk diam untuk bersaing dan memperkenalkan lebih banyak menu baharu. Dilancarkan di Suria KLCC, kedai Dunkin’ pertama yang dijenamakan semula memperbaharui rekaan kedainya secara 360 darjah.
Selaras dengan strategi kopi dan minuman jenama itu, menu minuman Golden Donuts akan dikembangkan di Dunkin, termasuk kepelbagaian minuman espressonya. Beberapa penambahan baru termasuk Flat White dan Caramel Macchiato, boleh didapati di semua cawangan Dunkin di seluruh negara hari ini.
Untuk mempamerkan kelebihan jenis donat, Dunkin’ Suria KLCC baru menawarkan lebih daripada 40 perisa, termasuk menu eksklusif seperti Donut Fingers, donat Cheesecake, donat Big Boss dan donat Kopi Bean. Kami akan terus memperkenalkan rasa yang menarik kepada pengguna, yang terbaru adalah Vanilla Latte dan kopi donat aromatik, dibuat dengan doh berperisa kopi. Kami melihat potensi kedudukan donat untuk perayaan dan pembekalan, majlis-majlis seperti majlis perkahwinan dan hari jadi.” Peter Yu Kok Ann, Pengarah Urusan Golden Donuts.
Apa pandangan anda?