Posted on May 9, 2021
Walaupun tahun kita semua masih raikan Raya dalam PKP tetapi berdasarkan pengalaman tahun lalu, mungkin ini sudah harus menjadi kebiasaan sebagai norma baharu dalam kehidupan kita hari ini. Yang pasti, baju baru masih tetap dibeli. Juadah Raya masih perlu disiapkan sebagai hidangan seisi rumah yang tinggal bersama. Kan Raya itu hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Walaupun tidak dapat menziarahi, kita masih perlu raikan Raya sebagai tanda kita berjaya!
Marks & Spencer menyediakan semua yang kamu perlukan untuk Raya ini. Helaian menarik untuk digayakan sepanjang Raya hingga kepada hidangan mesti ada untuk seisi keluarga. Kami senaraikannya di sini.
Raikan Raya Edit 2021
Marks & Spencer bekerjasama dengan aktres dan hos TV, Yasmin Hani yang memilih helaian-helaian sesuai untuk digayakan Raya nanti. Versatil dan meraikan kesederhanaan dalam bergaya, rekaan-rekaan di Marks & Spencer boleh digayakan untuk apa jua acara dengan penuh elegan. Bukan sahaja sesuai untuk Ramadan hingga Raya malah untuk gaya-gaya musim panas juga. Pilihan daripada potongan kasual dan siluet relaks, ada juga yang boleh dilapis-lapis mix and match untuk stail timeless dan moden.
Padanan Sempurna Untuk Raya
Kontemporari dan stylish, begitulah gambaran untuk M&S Modest Collection. Rekaannya mengangkat tema modern feminity untuk gaya setiap hari dengan helaian ringkas. Lihat sendiri koleksi M&S Ramadan 2021 dan Modest Collection di Marks & Spencer atau gunakan khidmat personal shopper mereka.
Kediaman Juga Perlu Raikan Raya
Biar pun Raya kali ini kita semua akan makan berhidang dengan seisi rumah sahaja, tak salah kalau kita nak berhias juga ruang makan kita itu. Untuk menyenangkan hati raikan Raya. Pilihan dekorasi rumah daripada Marks & Spencer membenarkan kamu mencapai matlamat ini. Lilin-lilin wangi akan menyemarakan suasana Raya di seluruh kediaman, hiasan kamar tidur, tuala mandi dan kusyen-kusyen chic akan membangkitkan mood setiap ruang. Cetakan unik dan warna-warna hangat akan menceriakan lagi suasana Raya.
Raikan Raya Bersama Hamper Marks & Spencer
Ya, kalau teringatkan sanak saudara atau teman-teman yang tidak boleh kamu lawati Raya ini, raikan Raya dengan menghantar kepada mereka hamper Raya. Seleksi 7 hamper kesemuanya boleh ditempah dari Marks & Spencer. Tapi hanya selagi stok masih ada.
Makanan Sihat Untuk Buka Puasa
Tinggal beberapa hari sahaja lagi puasa. Ada teman saya yang gilakan makanan dan snek sihat untuk berbuka. Tentunya pilihan di Marks & Spencer sungguh menggiurkan. Kerepek-kerepek daripada Sweet Potato, Beetroot dan Veggie Protein Mix antaranya akan mempelbagaikan lagi pilihan makanan sihat terutamanya untuk berbuka puasa!!!
Pemberian Raya
Coklat Swiss di Marks & Spencer sungguh menarik. Diperbuat daripada kandungan premium menyediakan pilihan untuk semua. Apa kata jadikan ini pemberian Raya untuk kenalan – dari Exclusive Swiss Chocolate Collection sehingga kepada Belgian Chocolate Favourites. Ada tawaran beli 1 dan 50% untuk pembelian kedua.
Hidangan Mesti Ada Raikan Raya
Oh… duduk-duduk sambil menonton TV atau berbual dengan saudara, hidangan snek mesti ada Raya ini pasti akan melengkapkan suasana. Jangan lupa dapatkan yang ini juga ya!!!
Apa pandangan anda?