Posted on January 3, 2020
Masuk tahun baharu dan dekad baharu, mudah untuk kita jatuh ke perangkap membuat resolusi baharu. Ia bukanlah semudah, kamu berjanji akan ke gim atau berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk yang kamu lakukan sepenjang tahun lalu. Resolusi memerlukan komitmen. Tetapi jika kamu meletakkan tekanan pada diri sendiri untuk melakukan semuanya pada Januari ini boleh menyebabkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Hampir 80 peratus orang yang membuat Resolusi Tahun Baharu gagal mencapai matlamat mereka dan akhirnya mencapai kegagalan. Ikut resolusi kesihatan mental terbaik yang boleh kamu patuhi tahun ini.
Selalunya tekanan ini boleh datang dari diri kita sendiri. Jika kamu berasa seperti kamu adalah musuh terburuk pada diri sendiri, ini akan meletakkan diri kamu pada kedudukan seperti tidak berpotensi untuk mencapainya. Sebaliknya, kamu harus bersikap baik kepada diri sendiri dan fokus pada apa yang telah kamu lakukan dengan baik.
Jika kamu merancang untuk tidak mengambil gula (contohnya) lagi bermula tahun ini, fikir secara realistik. Kamu lebih cenderung akan mengidamkan sesuatu dan lebih parah lagi seperti orang ketagihan. Kemudian, ia boleh membawa kepada demotivasi sepenuhnya.
Sekiranya kamu memutuskan untuk menetapkan resolusi tahun baharu, fikirkannya sebagai perubahan gaya hidup jangka panjang dan bukannya jangka masa pendek. Makan dengan sihat bukan sesuatu yang perlu dilakukan pada bulan Januari setiap tahun sahaja ya.
Perubahan positif walaupun sedikit dapat meningkatkan keyakinan serta memotivasi kamu, tetapi yang paling penting, fokus pada matlamat kamu sendiri. Jangan risau tentang apa yang dilakukan oleh orang lain, rancang matlamat peribadi sendiri, yang sesuai dengan kehidupan yang kamu lalui, sejajar dengan bagaimana kamu membayangkan masa depan dan keutamaan ideal yang ingin dicapai.
Pada hakikatnya, kita boleh membuat perubahan dalam kehidupan kita pada bila-bila masa yang kita suka, tahun baharu hanyalah pemangkin yang baik untuk sesebuah perubahan.
Apa pandangan anda?