Posted on April 9, 2020
Sawan tak dapat seks selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), begitulah nasib Laila bercinta dengan suami orang. Ini cerita baru yang Norma dengar daripada temannya, Rozana. Yalah inipun kali pertama kita semua melalui PKP selain daripada sewaktu peristiwa berdarah 13 Mei dahulu. Norma tak tahu pun yang Laila bercinta dengan suami orang. Tapi disebabkan PKP ini jugalah cerita si Laila terbongkar.
Bukan apa, satu hari Rozana teringin sangat makan kek coklat. Bukan boleh suruh driver keluar pergi beli di Jaslyn Cake sesuka hati dalam tempoh PKP ini. Jaslyn Cake pun tak buka. Jadi Rozana umpama ibu mengandung yang kempunan akan kek coklat. Melihat laman Instagram hari itu, tiba-tiba direct message (DM) daripada Laila masuk ke Inbox Rozana. Jadi dalam berbual-bual tentang pengalaman masing-masing waktu PKP ini, terkeluarlah cerita Laila suka bakar kek. “I suka bake. So sekarang kan banyak masa kat rumah, Jadi I try to bake bila-bila I rasa nak bake.”
Membaca mesej itu, air liur Rozana terus kecur. “Aduhhhhh sedapnya Laila. I teringin nak makan kek coklat lah sekarang ni. Yang moist dan home made.” Dia seperti memberi hint bahawa dia mahu Laila membakarkan dia kek coklat. “I boleh bake kan untuk you. Tapi sekarang I tak cukup bahan. Nanti bila I dah beli bahannya, I bake kan for you okay.” Berbungalah hati Rozana membaca mesej Laila itu. Hilanglah kempunan kek coklat dia.
“Sudah dapat kah kek coklat you Rozana?” Norma bertanya pada Rozana dalam app House Party. “Belum lah Norma. I pun tak maulah memaksa-maksa. Sebab I minta tolong je dia bake kan untuk I. Bukannya I nak beli pun daripada dia.” Jawab Rozana seperti hampir putus harapan. Seminggu kemudian Rozana mendapat DM daripada Laila. “Esok I bake kan kek coklat you. Baru beli bahan hari ni.” Berbunga nya lah hati Rozana Tuhan sahaja yang tahu. Akhirnya dia akan mendapat kek coklat yang diidamkan.
“Bagi I alamat rumah you.”
Laila mesej Rozana keesokan harinya sekitar tengah hari. “Eh tak payahlah Laila. I boleh Grab kan aja dari rumah you.” Sudah lah dia tak mahu terima bayaran, takkan Rozana mahu terima sahaja kalau Laila nak menghantar sendiri kek coklatnya. “Tak mengapalah you. I pun memang nak keluar ni. Nak pergi lunch date.” Huhhhhh??? Lunch date? Bukankah sekarang PKP, di mana pula Laila nak lunch date? Begitulah yang difikirkan Rozana.
Laila tak masuk rumah pun bila dia menghantar kek di rumah Rozana. Siap bertopeng wajah, Laila menunggu di dalam kereta sahaja. Rozana keluar dari pintu pagar dan membuka pintu penumpang kereta Laila. “You ni nak lunch date kat mana? Restoran mana yang buka waktu PKP ni?” tanya Rozana musykil. “Di Puchong.” “Ya Allah. Jauhnya you nak pergi. Tu dah lebih 10km Laila. Nanti you kena soal dengan polis.”
“Pejabat I ada cawangan di sebelah rumah boyfriend I di Puchong. Jadi I boleh tipu polis tu cakap I nak pergi kerja.” Sanggup ya kamu Laila. “Eeeeeeee tak bolehlah Rozana. Dah dua minggu aku macam sawan tak dapat seks. Tiap-tiap hari, setiap jam I kacau dia. Nak kena pergi ambil nafkah.” Huhhhhh???? Nafkah? “Seks lah kannnnnn?” tanya Rozana.
Laila tersipu-sipu. “Yalahhhhhhhh… Benci lah. Bukan itu aja. I asyik terfikir-fikir apa yang dia buat dengan isteri dia. I jadi cemburu. Dah lah kita banyak masa sekarang ni.” Jawab Laila selamba. Begitulah nasib ber boyfriend suami orang. Memang kamu takkan menjadi yang pertama walau betapa dalamnya cinta dia pada kamu. Dan selalunya itulah yang paling dimahukan oleh si nombor dua. Tapi percayalah memang kamu takkan mendapatnya sampai bila-bila. Ada sebabnya kamu menjadi nombor dua dan bukan yang pertama. Dia hanya mahu penyedap rasa, buka pencukup rasa kerana yang itu dia sudah punya.
“Dah I menggila setiap hari padanya dalam Whatsapp, dia pun pujuklah I. Nanti bila PKP dah tamat, I belikan you beg okay.” Rozana ketawa sahaja mendengarnya.
“Tapi you sawan bukan sebab nak beg. You sawan tak dapat seks,” Rozana membalas sambil ketawa.
Laila pula ketawa besar. Jadi memang betullah Laila bukanlah nak pergi lunch date, tetapi sex date. Dia mahu pergi menuntut nafkah yang sudah dua minggu tertangguh. Rozana pun tak sangka Laila bercinta dengan suami orang. Lebih tak sangka lagi ialah Rozana rupa-rupanya wanita gersang yang perlu dipenuhi nafkah batinnya. Kalau tidak akan naik sawan tak dapat seks.
“Apa-apalah Laila oiiiii. Yang penting aku dapat kek coklat aku. Ada kek gula hangus juga dibekalkan sebab Laila membakar lebih,” begitu kata Rozana dalam hati. Yang lain-lain itu adalah masalah Laila sendiri, tidak ada kena mengena dengan Rozana. Melainkan kalau Laila bercinta dengan suami Rozana lah. Nah itu lain pula ceritanya.
“Puaslah hati you Rozana dapat kek coklat you dah?” tanya Norma kepada Rozana. “Alhamdulillah Norma. Dapat juga I merasa kek coklat dalam waktu PKP ni.” “By the way, you tau ke siapa boyfriend Laila tu?” Norma sengaja mahu mengorek. “Entahlah Norma. I pun tak tanya dia. I pun tak mahu tahulah. I nak kek coklat I sahaja,” jawab Rozana sambil ketawa lagi. “Tapi tadi Laila mesej hantar gambar antara beg Chanel atau Dior. Dia tanya pada I yang mana satu lagi lawa…”
Haiiiii memang begitulah nasib kalau boyfriend kamu suami orang.
Apa pandangan anda?