Posted on December 30, 2019
Daripada topeng masker ke manik labuci, bahan-bahan ini juga antara yang perlu dihindari untuk selamatkan bumi daripada plastik bermula tahun 2020.
Kita semua tahu bahawa botol plastik dan cawan kopi pakai buang tidak baik untuk alam sekitar. Tetapi sebenarnya, plastik ada di mana-mana. Saintis telah menemui mikrofam di udara, di dalam air, dalam bir, dalam makanan laut dan juga dalam garam.
Apabila masuk ke dalam bidang fesyen, plastik yang digunakan untuk pakaian kita yang perlu dibimbangkan. Hal ini kerana, setiap basuhan pada barangan plastik terutama di pakaian akan melunturkan mikro fibre yang tidak baik untuk persekitaran alam.
Ada beberapa perkara lain, lihat 7 bahan-bahan yang perlu kita hindari untuk selamatkan bumi daripada plastik bermula tahun 2020.
1. Topeng Masker
Ya, sheet masks yang selalu kamu gunakan untuk menjaga kulit jawah kamu itu merbahaya. Topeng itu sendiri sering dibuat dari nilon atau poliester, manakala ia dibungkus menggunakan plastik yang digabungkan dengan aluminium, yang sukar untuk dikitar semula.
Jika kamu ingin membuang topeng masker dengan betul, cari organisasi seperti syarikat pengurusan bahan kitar semula atau Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), yang mengkhususkan diri dalam bahan-bahan kitar semula. Sementara itu, bertukar kepada topeng yang terbuat dari bahan biodegradable, seperti kepingan buluh yang mempunyai 100 peratus bahan berasaskan tumbuhan ataupun krim dari bahan semula jadi.
2. Tisu Basah
Juga sering diperbuat daripada poliester, tisu basah satu lagi masalah besar untuk persekitaran, kerana ia akan berakhir di pantai dan di lautan, dan mengeluarkan mikroplastik ke dalam bekalan air ketika ia terlerai. Serta pastikan kamu tidak membuangnya di dalam mangkuk tandas.
3. Manik Labuci
Sebaik sahaja terbuat daripada logam, kebanyakan labuci kini diperbuat daripada PVC dan tidak boleh terbiodegradasi. Nasib baik, ada syarikat-syarikat yang menghasilkan jubin yang diperbuat daripada plastik kitar semula kadang kala menerima barangan ini jika dibuang. Mungkin lebih baik jika kamu mengelakkan membeli gaun pesta labuci yang baru.
4. Tuala Wanita
Pad sanitari diperbuat daripada 90 peratus plastik. Tampon, diperbuat daripada kapas, juga mengandungi plastik dalam aplikator dan tali. Sekarang terdapat beberapa alternatif yang lebih mesra alam di pasaran, termasuk pad yang diperbuat daripada bahan yang boleh diperbaharui, dan ada juga pad yang digunakan semula (euwwwww).
5. Uncang Teh
Apabila menikmati secangkir teh, kamu tidak akan mengharapkan untuk meminum mikroplastik juga bukan? Tetapi menurut satu kajian seuncang teh yang diperbuat daripada plastik boleh mengeluarkan 11.6 bilion mikroplastik dan 3.1 bilion nanoplastik. Malah seuncang teh yang dibuat daripada kertas mengandungi sejumlah kecil plastik yang digunakan untuk menampal. Sebaliknya, pilihlah teh tanpa plastik.
6. Gula-gula Getah
Adakah kamu tahu bahawa gula getah mengandungi polyethylene dan polyvinyl acetate? Ia bahan berbentuk plastik. Bukan sahaja polyvinyl asetat ia juga terdapat dalam gam PVA dan polietilena yang terdapat di dalam beg plastik, tidak boleh terbiodegradasi, dan ia boleh berakhir di dalam perut haiwan.
Terdapat banyak gula getah berasaskan tumbuhan yang terdapat di pasaran, seperti Chewsy dan Simply Gum untuk pilihan yang lebih mesra alam.
7. Karton Air
Musim perayaan dan tahun baru ini pasti kamu membeli berkarton-karton air. Walaupun kamu mungkin menganggap bahawa karton minuman diperbuat daripada kadbod, ia juga disalut dengan 20 peratus plastik untuk mengelakkan kebocoran, serta 5 peratus foil, menurut Recycle Now, menjadikannya lebih sukar untuk dikitar semula.
Pastikan kamu memeriksa sama ada pihak berkuasa tempatan boleh mengitar semula karton minuman, dan memilih botol kaca di mana mungkin sebagai alternatif yang lebih mampan.
Jadi pilihan sebenarnya tergantung di tangan kamu. Apakah kamu mahu turut sama menyelamatkan bumi atau terus-terusan menghancurkannya. Sekarang kamu sudah tahu serba sedikit bahan mana yang bagus dan yang tidak, fikir dahulu sebelum memutuska untuk menggunakannya. Apa kata 2020 ini kita semua cuba untuk menjadi penduduk bumi yang lebih bijak?
Apa pandangan anda?