Posted on September 25, 2020
Baru-baru ini dua orang teman baik, seorang daripadanya ialah jurusolek dan seorang lagi merupakan penata gaya rambut yang mana dua-duanya cukup popular dan berpengalaman di kalangan idola K-Pop. Shinae dan Seoyoon tampil di Youtube Ayo mendedah serta menjawab segala persepsi peminat K-Pop yang selama ini menyatakan kerja mereka indah serta menjadi idaman apabila dapat bersentuhan dengan selebriti idola mereka. Ini apa yang mereka dedahkan, mari kami kongsikan rumusan kami.
Buat yang tidak tahu, Shinae dan Seoyoon sering berpasangan berdua setiap kali bekerja dan antara hasil kerja mereka dapat dilihat pada idola seperti 2NE1, IU, dan Oh My Girl.
Ada soalan daripada peminat,
Kami pernah dengan selebriti lelaki cuba mengurat jurusolek serta penata gaya rambut dan ada di antara mereka yang sedang menjalinkan hubungan. Sekarang saya sudah tahu saya hendak jadi apa suatu hari nanti.
Jawab Shinae,
“Yeke?”
Kata Seoyoon,
“Pernahkah ini terjadi pada kamu? Haha.”
Balas Shinae,
“Saya pernah bekerja dengan banyak selebriti lelaki tapi saya tidak pernah mengalami perihal ini.”
Kata mereka, jika kamu menjadi seorang staf seperti mereka sekalipun, angan-angan kamu itu akan musnah. Ini kerana, apabila selebriti tampil dengan album baru, staf hanya berpeluang tidur selama 2 hingga 3 jam sahaja sehari. Dan melihat selebriti yang datang ke set, tidur di sebelah kamu dalam keadaan mulut ternganga, persepsi kamu tentang selebriti itu akan berubah selepas terlihat personaliti mereka sebenar.
Pasti kamu tertanya-tanya juga, bagaimana jurusolek dan penata gaya rambut atau lebih dikenali sebagai pereka rambut ini tampil dengan pelbagai solekan yang cantik buat selebriti Korea. Menurut Seoyoon, prosesnya bermula apabila penata gaya memberi ringkasan tentang gaya rambut serta solekan yang diingini dan daripada situ mereka berdua akan duduk berbincang bersama. Selain itu, selebriti sendiri juga memainkan peranan penting kerana mereka harus berkongsi tentang apa yang mereka inginkan untuk diri mereka juga.
Pelbagai lagi tip dan rahsia didedahkan Shinae dan Seoyoon menerusi video ini antaranya seperti rahsia bangs Lisa yang tidak bergerak, personaliti IU serta rahsia di sebalik rambut ikonik Sandara Park sewaktu era kegemilangan 2NE1 suatu ketika dahulu.
Tonton dan baru kamu akan faham tentang kerjaya sebagai seorang jurusolek serta penata gaya rambut selebriti K-Pop!
Apa pandangan anda?