Posted on November 20, 2020
Kumpulan K-Pop wanita terbaru daripada SM Entertainment, Aespa, kini telah debut secara rasmi. Dan bukan itu sahaja, mereka yang menjadi bualan ramai beberapa bulan yang lalu baik melalui presentation yang dipersembahkan oleh Lee Soo Man, Ketua Pegawai Eksekutif SM Entertainment serta kontroversi panas yang melanda ahli kumpulan ini telah mendapat perhatian ramai. Ini kerana, memandangkan mereka adalah kumpulan wanita terkini dihasilkan SM Entertainment semenjak enam tahun lalu. Dan semalam, 19 November, Aespa, telah memuatnaik video persembahan pentas yang diberi judul “The Debut Stage”. Di sini mereka berpeluang menunjukkan persembahan cool untuk peminat mereka.
Apa pendapat kamu? Adakah kamu salah seorang daripada peminat mereka kini?
17 November yang lalu, mereka melancarkan muzik video untuk lagu ini, dan sehingga kini, telah mencecah lebih 38 juta tontonan. Untuk yang belum mengenali mereka ini, ahli kumpulan Aespa terdiri daripada empat orang. Mereka ialah, Karina, Giselle, Winter dan NingNing. Bukan itu sahaja, konsep kumpulan terbaru SM Entertainment ini turut menampilkan dua karakter Aespa yang berbeza di mana satu dalam bentuk sebenar mereka dan satu lagi ialah versi avatar, karakter digital mereka.
Yang paling penting, visual mereka ini bukan calang-calang. Menerusi video debut pentas serta muzik video mereka, ramai yang memuji malah ada yang berkata, struktur badan, nyanyian serta tarian mereka amat mengagumkan untuk sesebuah kumpulan rookie.
Saksikan dua video yang telah dilancarkan mereka semenjak beberapa hari lepas dan kongsikan pendapat kamu bersama kami!
Apa pandangan anda?