Posted on December 5, 2019
Pada saya ukuran panjang rambut nampak cantik, baik pendek mahupun panjang. Namun, kalau kamu berambut panjang, banyak sikit idea kamu boleh bermain pada rambut kamu baik dari segi warna, gaya, atau cara kamu melapis rambut. Namun, jika kamu sudah terbiasa berambut panjang dan asyik tampil dengan gaya yang sama, membosankan juga, kan? Di sini kami ingin senaraikan 5 gaya rambut panjang pilihan kami yang boleh dijadikan inspirasi kamu kala bergaya. Mana tahu boleh cuba gaya rambut ini sebagai diri kamu yang baru untuk tahun 2020?
Twisted Ponytail ala Amanda Seyfried
Mungkin kamu rasa gaya rambut ini nampak keanak-anakan namun sebenarnya kalau pandai di gaya, ia nampak cukup cantik pada seorang wanita matang. Lihat sahaja Seyfried. Tak perlu tenaga yang banyak pun untuk menggayakan stail sebegini sebenarnya. Cubalah!
Platinum Braids ala Solange
Bukan sekadar tocang halus (braids), Solange juga mewarna rambutnya ke rona platinum. Very stailish! Bukan sekadar braids biasa, Solange padankan dengan manik-manik telus sebagai aksesori tambahan pada hujung rambut membuatkan gaya rambutnya nampak bukan biasa-biasa. Mungkin kamu boleh gayakan stail rambut ini untuk acara festival muzik tahun hadapan?
Gaya 70-an ala Camilla Belle
Gaya “long bangs, longer hair” ini sebenarnya cukup popular di era 70-an. Stail ikonik Françoise Hardy dan Joni Mitchell suatu ketika dahulu. Namun pada kami, gaya ini langsung tidak dimamah usia. Tampak cukup manis sekali sebenarnya menggayakan rambut seperti Camilla ini. Akan tetapi, jika kamu memilih untuk menggayakan rambut seperti ini, pastikan rutin perapi tidak sesekali kamu abaikan. Kalau mahu rambut lebih bersinar cantik!
Pineapple Ponytail ala Rihanna
Ini adalah gaya rambut yang paling senang kalau hendak diikutkan. Namun, kalau kamu hendak sedikit ekstra, gayakan seperti Rihanna. Stailkan kerinting dengan alat penggaya haba panas selepas kamu ikat tinggi rambut kamu untuk efek rambut lebih tebal serta beri volum pada ikatan tinggi kamu yang comel itu.
Manis ala Millie Bobby Brown
Daripada mencukur botak rambutnya untuk watak Stranger Things, kemudian ke gaya rambut potongan bob dan beberapa bulan yang lalu, dia memilih untuk menggayakan rambut panjang. Cukup cantik dengan padanan rona honey membuatkan Millie tampak cukup manis sekali. Sedikit matang, namun jika kamu stailkan ala beach waves, kamu tampak seksi pada masa sama. Gaya ini sesuai digayakan harian kamu!
Apa pandangan anda?