Posted on November 25, 2020
Baik koleksi hujung tahun, advent calendar, palet mata, semuanya kami ada senaraikan untuk kamu. Baca lanjut untuk ketahui koleksi kecantikan terbaru mesti kamu miliki bulan ini!
Burberry Essentials Glow Palette RM340
Palet wajah terbaru daripada Burberry ini menampilkan produk 3 dalam 1 di mana ia memiliki rona pembayang pipi, highlighter juga pembayang kontur. Sesuai buat kamu yang mahukan kompak serbaguna. Bukan itu sahaja, setiap rona ini memiliki tekstur yang cukup ringan kerana ia diformulasikan dalam bentuk bedak serta krim yang selesa dioles pada wajah. Essentials Glow Palette daripada Burberry ini tampil dalam dua rona dan sesuai digayakan semua jenis tona kulit.
Shu Uemura Treasure Box Eye Palette Grand Line Limited Edition RM300
Koleksi kecantikan hujung tahun kali ini menampilkan kolaborasi Shu Uemura bersama siri anime popular ONE PIECE. Kamu dapat lihat setiap koleksi edisi terhad jenama ini menampilkan bungkusan yang dihiasi lakaran karakter anime ini. Dan seperti palet pembayang mata ini, ia diinspirasikan daripada Grand Line, laut paling bahaya serta paling popular dalam pencarian ONE PIECE ini. Tampil dengan 10 rona-rona matte, metal antik dan juga mutiara hangat. Lakarkan solekan mata paling glamor menggunakan palet ini!
Dasique Sugar Brownie Eyeshadow Palette RM131
Akhirnya Dasique, jenama kosmetik Korea kini boleh didapati di Malaysia. Jenama yang cukup popular di Korea juga Jepun ini membuat debutnya di Malaysia dan Singapura dengan menampilkan palet mata yang menjadi rebutan ramai serta sering habis terjual ini. Sugar Brownie Eyeshadow Palette ini menampilkan barisan rona tanah yang sesuai digayakan baik untuk solekan harian ataupun solekan glamor. Malah bukan itu sahaja, palet ini mudah diadun, buildable juga high pigmented. Diformulasikan dengan tekstur berkrim dan sesuai untuk semua jenis tona kulit! Dapatkan di sini!
MAC Frosted Firework Kits Boom Boom Wow Complete Advent Calendar RM848
Kita bukan sahaja dikejutkan dengan berita gembira di mana Lisa Blackpink diumum menjadi wajah baharu jenama ini tahun ini, malah koleksi kecantikan hujung tahun mereka juga adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh kita semua. Antara produk dalam koleksi tersebut, kami paling teruja untuk berkongsi dengan kamu advent calendar mereka. Tampil dengan 23 produk daripada gincu bibir hingga ke pembayang mata. Koleksi hujung tahun daripada MAC ini cukup meriah, jadikan ia sebagai hadiah buat teman-teman, ahli keluarga atau juga untuk diri kamu sendiri!
Kens Apothecary Limited Edition 12 days of Joy Advent Calendar RM499
Siapa di sini peminat advent calendar? Kami juga teruja! Festival hujung tahun tidak akan lengkap tanpa hadiah ini. Kens Apothecary hadir dengan koleksi edisi terhad 12 harinya di mana ia menampilkan barisan produk seperti Caudalie, Diptyque, Eve Lom, Grown Alchemist, Omorovicza, By Terry, Jack Black, Marvis, Sachajuan, Rahua dan Ren Clean Skincare. Dalam koleksi ini turut terkandung produk penjagaan rambut daripada RAHUA yang diperbuat daripada intipati organik, semula jadi, tidak beracun, vegan serta bebas daripada paraben, silikon, sulfat dan gluten.
Apa pandangan anda?